300 tempat untuk pelajar Malaysia di universiti Arab Saudi | MalaysiaBaharu.org - Membina Malaysia Baharu

Pages

300 tempat untuk pelajar Malaysia di universiti Arab Saudi


Kuala Lumpur – Kerajaan Arab Saudi menawarkan biasiswa penuh kepada 300 pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di universiti awam di negara itu, kecuali perubatan.

Menurut kenyataan Misi Kebudayaan Arab Saudi di Malaysia (SACM), tawaran itu adalah hasil hubungan kukuh antara kedua-dua negara dan pengiktirafan terhadap rakyat Malaysia.

“Biasiswa itu terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan yang ingin mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD).

Selain itu, penerima biasiswa turut diberikan kemudahan seperti elaun bulanan, perumahan, insurans perubatan dan tiket penerbangan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa syarat mengikuti pengajian di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda ialah pemohon hendaklah berusia 17 hingga 24 tahun, manakala bagi peringkat ijazah sarjana pemohon berusia 24 hingga 30 tahun dan berusia 30 hingga 35 tahun bagi PhD.

“Pelajar wanita hendaklah diiringi penjaga (mahram) yang di bawah tajaan atau pemegang permit yang sah.

“Bagi mereka yang berminat untuk memohon biasiswa ini boleh melayari laman sesawang rasmi SACM di http://my.moe.gov.sa/ atau mendaftar terus di pejabat SACM, Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu. – Bernama

MYBaru

Topik mengenai Malaysia Baru, Berita Terkini, Foto, Video, Foto mengenai Pakatan Harapan dan lihat perkembangan terkini, berita, informasi dari Hicore Solutions.

No comments:

Post a Comment