
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan satu-satunya pemimpin luar negara Afrika yang dijemput untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Kemunculan Afrika (ICEA) yang dijadualkan berlangsung di Dakar, Senegal pada 17 Januari ini.
Ia merupakan penyertaan sulung Perdana Menteri Malaysia di ICEA sejak ia dianjurkan pada tahun 2015.
Menurut Duta Besar Malaysia ke Senegal, Dr Shazelina Zainul Abidin; lawatan kerja perdana menteri ini adalah yang pertama sejak 27 tahun lalu selepas menghadiri Sidang Kemuncak G-15 pada 1992 di Senegal.
Perdana Menteri dijangka tiba esok di Lapangan Terbang Antarabangsa Leopold Sedar Senghor kira-kira jam 3.10 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia)
No comments:
Post a Comment