Tun M akan berucap di Oxford Union | MalaysiaBaharu.org - Membina Malaysia Baharu

Pages

Tun M akan berucap di Oxford Union



Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, seorang pemimpin negara diberikan jemputan khas oleh Oxford Union untuk berucap di “union” yang penuh dengan sejarah. Tun M juga akan menjadi pemimpin demokrasi pertama dari rantau Asia Tenggara yang dijemput berucap di Oxford Union yang berprestij itu.

Gambar ini diambil lebih kurang bulan lepas selepas berbulan-bulan melakukan persiapan dan perancangan bersama rakan dan penganjur di sana. Akhirnya masanya telah tiba! Ia akan berlangsung pada 18/1/2019, 4pm, bertempat di Oxford Union.

Saya nantikan masa ini kerana saya yakin Tun M bakal membuktikan bahawa Malaysia akan menggegarkan dunia lagi sekali sebagai HARIMAU ASIA!

Tahniah Tun M & Tahniah Malaysia!


Apa itu Oxford Union?

Oxford Union Society, atau yang lebih dikenal sebagai Oxford Union, adalah sebuah kelab debat di kota Oxford, England. Anggota-anggota kelab ini sebahagian besar merupakan mahasiswa Universiti Oxford. Union ini adalah antara kelab debat tertua di England setelah University of St Andrews Union Debating Society dan Cambridge Union Society, dan memiliki sejarah yang panjang dalam membina dan membentuk ramai negarawan, ahli politik, dan tokoh-tokoh terkenal baik di dalam mahupun luar negara.

Antara tokoh Islam yang terkenal yang pernah membuat ucapan di Oxford Union ialah Mehdi Hassan, pengacara di Al-Jazeera, yang berdebat tentang "Islam ialah Agama Keamanan".

Berikut merupakan channel rasmi Oxford Union di YouTube untuk rakyat Malaysia mengikuti ucapan Perdana Menteri nanti: https://www.youtube.com/user/OxfordUnion/videos

MYbaru

Topik mengenai Malaysia Baru, Berita Terkini, Foto, Video, Foto mengenai Pakatan Harapan dan lihat perkembangan terkini, berita, informasi dari Hicore Solutions.

No comments:

Post a Comment