Tebusan di Sabah: Penjenayah mati ditembak, tebusan budak perempuan cedera | MalaysiaBaharu.org - Membina Malaysia Baharu

Pages

Tebusan di Sabah: Penjenayah mati ditembak, tebusan budak perempuan cedera


TUARAN: Polis Sabah pada Ahad berjaya menggagalkan tindakan seorang suspek lelaki yang menculik dan mencederakan seorang kanak-kanak perempuan di sini.

Dalam kejadian di tingkat empat Pangsapuri Telipok Ria petang tadi, mangsa dilapor dikurung suspek berusia 30-an itu di sebuah rumah di pangsapuri berkenaan.

Difahamkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi itu berakhir pada jam 5.32 petang tadi dan kanak-kanak terlibat sudah dibawa ke hospital terdekat untuk tindakan lanjut.

Suspek lelaki yang menjadikan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sebagai tebusan di sebuah rumah tingkat 4, Taman Telipok Ria, Tuaran, mati ditembak jam 5.35 petang tadi.

Difahamkan, tindakan itu dilakukan selepas suspek enggan menyerahkan kanak-kanak terbabit walaupun polis sudah melakukan usaha memujuknya.

Kedengaran beberapa das tembakan menyebabkan suasana di lokasi kejadian kecoh dan tegang, sebelum suspek disahkan ditembak mati.

Sejurus selepas itu, kanak-kanak terbabit dibawa turun dan dihantar ke hospital dengan ambulans.

Keadaan kanak-kanak itu tidak dapat dipastikan setakat ini.

Terdahulu, kejadian bermula pada kira-kira jam 12 tengah hari tadi apabila lelaki dianggarkan berusia 30-an dikatakan melarikan mangsa.

Lelaki yang tidak dikenali oleh penghuni di sini, membawa kanak-kanak terbabit ke sebuah rumah di tingkat 4, berdekatan rumah ibu bapa mangsa.

Polis kemudian mengepung rumah terbabit dan berusaha memujuk suspek supaya melepaskan kanak-kanak berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu bersembunyi di dalam tandas di rumah berkenaan.

Sepasukan anggota polis lengkap bersenjata juga dihantar ke lokasi kejadian.



MYbaru

Topik mengenai Malaysia Baru, Berita Terkini, Foto, Video, Foto mengenai Pakatan Harapan dan lihat perkembangan terkini, berita, informasi dari Hicore Solutions.

No comments:

Post a Comment