SPRM: Timbalan pengarah, pekerja swasta direman bantu siasatan kes rasuah projek USP | MalaysiaBaharu.org - Membina Malaysia Baharu

Pages

SPRM: Timbalan pengarah, pekerja swasta direman bantu siasatan kes rasuah projek USP


PUTRAJAYA: Seorang timbalan pengarah agensi kerajaan dan seorang pekerja swasta ditahan reman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kes menerima suapan berjumlah RM270,000 bagi mendapatkan projek berkaitan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP).
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Low Wen Zhen selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dua individu terbabit.
Suspek dipercayai menerima suapan daripada pekerja syarikat berkenaan sebagai balasan ke atas kelulusan projek yang dianugerahkan kepada syarikat terbabit.
Menurut sumber SPRM, kedua-dua suspek ditahan di sebuah pusat beli-belah sekitar Putrajaya kelmarin dipercayai berkaitan penerimaan wang tunai berjumlah RM50,000, iaitu baki jumlah wang rasuah sepatutnya diterima suspek.
Kata sumber itu, suspek didakwa menerima wang suapan itu secara berperingkat sejak 2015 oleh syarikat terlibat sebagai ganjaran kerana menganugerahkan projek berkenaan.
USP merupakan satu usaha kerajaan dalam memperluas jaringan komunikasi dan multimedia, khususnya bagi kawasan dan masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan itu.
Kedua-dua suspek tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 9.20 pagi berpakaian SPRM dan bergari.
Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. — Bernama

MYBaru

Topik mengenai Malaysia Baru, Berita Terkini, Foto, Video, Foto mengenai Pakatan Harapan dan lihat perkembangan terkini, berita, informasi dari Hicore Solutions.

No comments:

Post a Comment