SPRM: Pengurus syarikat nafi 9 tuduhan rasuah bersama abang pensyarah USM | MalaysiaBaharu.org - Membina Malaysia Baharu

Pages

SPRM: Pengurus syarikat nafi 9 tuduhan rasuah bersama abang pensyarah USM


Butterworth, 10 Jan — Seorang pengurus syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap sembilan pertuduhan bersubahat dengan abangnya, seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menjadi pembekal barangan bagi universiti berkenaan bernilai lebih RM160,000.
Mustafa Kamal Mohamed, 48, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nizam Zakaria.
Bagi tujuh pertuduhan dihadapinya, dia didakwa bersubahat dengan abangnya, Badaruddin Mohamed, 53, yang menggunakan jawatannya sebagai Pengarah Pejabat Komunikasi Strategik USM, untuk meluluskan syarikat milik tertuduh sebagai pembekal barangan dan cenderahati yang kesemuanya bernilai RM153,793 kepada pejabat berkenaan antara 22 Sept 2011 dan 23 Nov 2012.
Dalam dua lagi pertuduhan, dia didakwa bersubahat dengan abangnya yang juga Ketua Sustainable Tourism Research Cluster (STRC) USM untuk meluluskan syarikat miliknya sebagai pembekal bagi 30 unit ‘souvenirs glass’ bernilai RM3,450 dan biometrik pejabat bernilai RM2,920 kepada STRC di antara 5 Sept 2011 dan 14 Mei 2012.

MYBaru

Topik mengenai Malaysia Baru, Berita Terkini, Foto, Video, Foto mengenai Pakatan Harapan dan lihat perkembangan terkini, berita, informasi dari Hicore Solutions.

No comments:

Post a Comment