Rasuah: Dua termasuk pengurus kuari ditahan SPRM, kes beli tanah lot lebih RM1.8 juta | MalaysiaBaharu.org - Membina Malaysia Baharu

Pages

Rasuah: Dua termasuk pengurus kuari ditahan SPRM, kes beli tanah lot lebih RM1.8 juta


Kuala Lumpur: Seorang pengurus kuari sebuah yayasan milik Kerajaan Negeri Perlis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri pada Rabu bagi membantu siasatan berkaitan kes salah guna kuasa.

Ia melibatkan pembelian dua tanah lot yang dianggarkan bernilai lebih RM1.8 juta.

Menurut sumber, pengurus kuari yang berusia 53 tahun itu ditahan pada jam 5.40 petang.

Turut ditahan pada waktu yang sama di Pejabat SPRM Negeri Perlis ialah seorang broker berusia 51 tahun.

Terdahulu, kedua-duanya hadir di pejabat itu bagi memberi keterangan.

Sumber menjelaskan, siasatan awal mendapati pengurus kuari tersebut disyaki bersubahat dengan broker berkenaan bagi pembelian dua tanah lot di Mukim Kurong Anai, Perlis.

Tanah yang dianggarkan bernilai lebih RM1.8 juta itu dibeli tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah yayasan tersebut.

Tambahnya, SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap kedua-dua suspek pagi ini di Mahkamah Majistret Kangar.

Kata sumber lagi, SPRM sedang mengesan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes yang sama.

Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Perlis, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun tidak mengulas lanjut berhubung kes berkenaan.

MYbaru

Topik mengenai Malaysia Baru, Berita Terkini, Foto, Video, Foto mengenai Pakatan Harapan dan lihat perkembangan terkini, berita, informasi dari Hicore Solutions.

No comments:

Post a Comment