Rasuah: SPRM tahan empat pegawai PAIP termasuk CEO | MalaysiaBaharu.org - Membina Malaysia Baharu

Pages

Rasuah: SPRM tahan empat pegawai PAIP termasuk CEO

Gambar arkib Bernama: CEO PAIP Datuk Mohd Zahari Md Isa ketuai majlis menandatangani ikrar bebas rasuah disaksikan Pengarah SPRM Pahang Datuk Alias Salim pada 3 Ogos 2017.

10 Jan: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan tiga pegawai kanan di Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Pahang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dipercayai terbabit rasuah dan salah guna kuasa membabitkan projek bernilai RM23 juta.


Keempat-empat suspek berusia antara 40 hingga 59 tahun itu ditahan dalam satu operasi besar-besaran dikenali ‘Op Cuci’ oleh SPRM.
Selain mereka, lapan orang pemilik syarikat yang disyaki bersekongkol dengan pegawai-pegawai terbabit turut dipanggil untuk membantu siasatan.
Difahamkan, kesemua mereka akan direman di Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang esok bagi siasatan lanjut dibawah seksyen 17(a), seksyen 18 dan seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Bin Baki ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Malaysia Baru

Topik mengenai Malaysia Baru, Berita Terkini, Foto, Video, Foto mengenai Pakatan Harapan dan lihat perkembangan terkini, berita, informasi dari Hicore Solutions.

No comments:

Post a Comment