Polis pohon bantuan orang ramai jejak ibubapa Jho Low | MalaysiaBaharu.org - Membina Malaysia Baharu

Pages

Polis pohon bantuan orang ramai jejak ibubapa Jho Low


Polis sedang mengesan ibu bapa Jho Low dan dua individu lain yang rapat dengan tokoh perniagaan yang melarikan diri itu bagi membantu melancarkan siasatan skandal 1MDB.

Dalam satu kenyataan media, Ketua Polis Negara Mohammad Fuzi Harun berkata, tempat tinggal terakhir ibu bapa Jho Low, iaitu Low Hock Peng dan Goh Gaik Ewe adalah di Tanjong Bungah, Pulau Pinang.

Selain kedua-dua mereka, polis juga sedang memburu pereka fesyen kegemaran Rosmah Mansor, Shabnam Naraindas Daswani @ Nastasha Mirpuri, 55, serta seorang lagi individu, Tan Kim Loong, 41.

Shabnam adalah warganegara Singapura manakala selain mereka adalah rakyat Malaysia.

Tempat tinggal terakhir Nastasha Mirpuri ialah di Parkstone Road, Singapura manakala Tan di , Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur, Low serta Goh pula di Tanjung Bungah Park, Pulau Pinang, kata Mohammad Fuzi.

Menurut Mohammad Fuzi, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau mengenali individu-individu terbabit diminta tampil atau menghubungi PDRM dengan segera bagi membantu siasatan berkaitan kes 1MDB.

“PDRM memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau mengenali individu-individu berkenaan agar menghubungi Supt Foo Wei Min di talian 03-26101402 atau DSP Albany Hamzah dari pasukan siasatan jenayah pengubahan wang haram (Amla) di talian 019-2412826," katanya.

Mohammad Fuzi semalam dilaporkan berkata pihaknya dijangka melengkapkan kertas siasatan berhubung syarikat pelaburan 1MDB, menjelang Mac ini.

Mohammad Fuzi berkata, siasatan masih berjalan dengan melibatkan beberapa individu sama ada dari dalam mahupun luar negara selain sedang mempergiatkan siasatan untuk melengkapkan kertas siasatan dengan secepat mungkin sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

MYbaru

Topik mengenai Malaysia Baru, Berita Terkini, Foto, Video, Foto mengenai Pakatan Harapan dan lihat perkembangan terkini, berita, informasi dari Hicore Solutions.

No comments:

Post a Comment