Pembantu tadbir ditahan buat 94 tuntutan palsu berjumlah RM148,000 | MalaysiaBaharu.org - Membina Malaysia Baharu

Pages

Pembantu tadbir ditahan buat 94 tuntutan palsu berjumlah RM148,000


KOTA BHARU, 13 Jan - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang pembantu tadbir kanan sebuah jabatan kerajaan bagi membantu siasatan berhubung 94 tuntutan palsu bernilai lebih RM148,000. 

Wanita berusia 39 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Kelantan pada 1.50 tengah hari tadi selepas dia hadir memberi keterangan.

Pengarah SPRM Kelantan Ramli Ismail ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan berkenaan.
Beliau berkata berdasarkan maklumat dan siasatan awal, suspek didapati telah membuat 69 tuntutan palsu bagi rawatan perubatan untuk diri, suami dan ayahnya.

Katanya kesemua tuntutan dianggarkan bernilai lebih RM117,000 namun rawatan tersebut tidak pernah dilakukan.
"Suspek juga telah membuat 25 lagi tuntutan palsu bagi pembelian ubat dan satu tuntutan palsu bagi pembelian alatan ortopedik yang dianggarkan bernilai lebih RM31,000, sedangan pembelian tersebut tidak pernah dibuat,” katanya.

Beliau berkata SPRM akan memohon perintah reman terhadap wanita itu di Mahkamah Majistret Kota Bharu esok.
Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - Bernama

MYbaru

Topik mengenai Malaysia Baru, Berita Terkini, Foto, Video, Foto mengenai Pakatan Harapan dan lihat perkembangan terkini, berita, informasi dari Hicore Solutions.

No comments:

Post a Comment