Najib Si Kaki Troll | MalaysiaBaharu.org - Membina Malaysia Baharu

Pages

Najib Si Kaki Troll



TANAH RATA – “Saya tak tahu apa yang dia takut, saya bukan lagi Perdana Menteri, tapi saya datang ikhlas nak bantu calon Barisan Nasional (BN),” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata, meskipun beliau tidak mengenali rapat dengan setiap penduduk Cameron Highlands, namun beliau mengetahui sentimen pengundi di kawasan itu.

“Saya tahu sentimen di sini, masih kuat lagi kepada Allahyarham Tun Razak, kepada saya dan kepada kerajaan BN secara keseluruhannya,” katanya ketika menghadiri kenduri rakyat di Masjid Nurul Huda, Kampung Raja, di sini, hari ini.

Hari ini merupakan hari pertama Ahli Parlimen Pekan itu menjejakkan kaki ke Cameron Highlands bagi membantu calon BN, Ramli Mohd Nor berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi P078.

Najib juga berkata, BN tidak boleh memandang rendah kepada calon Pakatan Harapan (PH), M.Manogaran kerana mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

“Mereka ini nampaknya lebih berduit sekarang ini, sepanduk-sepanduk pun lebih banyak daripada BN.

“Saya pun nak tanya kaunter tuntut minyak di mana, saya tak tahu. Saya nak carilah dalam sehari dua ini.

“Kalau saya datang sini saya nak tuntut duit tambang sikit lah daripada PH mungkin,” katanya yang sambil menyindir jentera PH yang didakwa mengagihkan wang kepada sekumpulan 60 pengundi Orang Asli, baru-baru ini.

Ditanya tentang hubungannya dengan penduduk di Cameron Highlands, beliau berkata walaupun tidak begitu rapat, namun bekas Presiden UMNO itu mengetahui komuniti Orang Asli di situ amat menghargai kerajaan BN sebelum ini.

“Terakhir saya datang melancarkan projek perumahan Sungai Ruil, penempatan Orang Asli satu kemudahan perumahan yang begitu baik dan selesa sekali setelah tragedi runtuhan tanah atau musibah yang berlaku di situ.

“Jadi banyak jasa kita kepada masyarakat Cameron Highlands selama ini,” katanya lagi.

MYbaru

Topik mengenai Malaysia Baru, Berita Terkini, Foto, Video, Foto mengenai Pakatan Harapan dan lihat perkembangan terkini, berita, informasi dari Hicore Solutions.

No comments:

Post a Comment