Lelaki Cina samseng tampar wanita Melayu ditahan polis | MalaysiaBaharu.org - Membina Malaysia Baharu

Pages

Lelaki Cina samseng tampar wanita Melayu ditahan polis


Bayan Lepas: Lelaki yang bertindak menampar seorang jurujual wanita di sebuah pasar mini di Bayan Lepas, di sini semalam, kerana berang tidak dibenarkan membeli lebih minyak masak paket lebih akhirnya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan memaklumkan lelaki berusia 47 tahun dari Sungai Dua, Butterworth itu ditahan di tepi jalan di Sungai Ara, Bayan Lepas kira kira jam 2 petang Khamis.

Hasil siasatan mendapati suspek yang juga seorang peniaga mengaku memukul jurujual berusia 29 tahun itu kerana tidak dapat mengawal perasaan marah.

Ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif dan dia juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Anbalagan berkata, polis akan mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Balik Pulau pada Jumaat bagi membantu siasat berhubung kes berkenaan.

Dalam kejadian 8.40 pagi Rabu itu, jurujual berkenaan ditampar oleh seorang pelanggan susulan tindakannya melarang pelanggannya yang merupakan seorang lelaki yang mahu membeli 3 kilogram minyak masak paket kerana melanggar polisi jualan.

Berang dengan tindakan jurujual wanita itu, lelaki tersebut bukan sahaja bertindak memukul bahagian belakang kepala mangsa malah turut mengugut dengan perkataan 'lu jaga' sebelum beredar.

Kejadian itu yang dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan kemudiannya tular di media sosial.


MYBaru

Topik mengenai Malaysia Baru, Berita Terkini, Foto, Video, Foto mengenai Pakatan Harapan dan lihat perkembangan terkini, berita, informasi dari Hicore Solutions.

No comments:

Post a Comment