Lelaki bunuh diri selepas serang pasangan suami isteri | MalaysiaBaharu.org - Membina Malaysia Baharu

Pages

Lelaki bunuh diri selepas serang pasangan suami isteri


Macam Kena Rasuk Sebelum Serang Mangsa Dengan Parang
Hasrat sepasang suami isteri yang mahu menjalani rawatan tradisonal berakhir dengan tragedi selepas diserang dengan parang oleh lelaki yang merawat mereka.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi di Taman Kiara Mas 2, Kluang itu, pasangan suami isteri berkenaan didatangi suspek yang mahu merawat isteri mangsa yang dikatakan mengalami penyakit misteri.
Bagaimanapun, suspek yang berumur 25 tahun itu yang juga adik angkat kepada mangsa secara tiba-tiba dirasuk dan bertindak mencederakan pasangan berkenaan menggunakan parang.
Isteri mangsa cuba meleraikan tindakan suspek namun turut dicederakan suspek.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang yang tiba di tempat kejadian mendapati suspek masih berada di dalam bilik .
Usaha memangil suspek gagal menyebabkan polis bertindak memecah pintu bilik dan menemui suspek dalam keadaan terlentang dan telah meninggal dunia.
Hasil pemeriksaan mendapati suspek meninggal dunia dipercayai membunuh diri berdasarkan kesan tikaman di dada dan perut .
Turut ditemui sebilah keris panjang dibelakang badan suspek.
Mayat dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang untuk proses bedah siasat.

MYbaru

Topik mengenai Malaysia Baru, Berita Terkini, Foto, Video, Foto mengenai Pakatan Harapan dan lihat perkembangan terkini, berita, informasi dari Hicore Solutions.

No comments:

Post a Comment