Kerajaan perlu laksanakan segera hukuman sebat perasuah | MalaysiaBaharu.org - Membina Malaysia Baharu

Pages

Kerajaan perlu laksanakan segera hukuman sebat perasuah


Dalam memerangi rasuah secara menyeluruh, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata SPRM merangka pelan untuk melakukan transformasi dan penambahbaikan yang merangkumi aspek operasi, aktiviti pencegahan dan sumber manusia pada tahun hadapan.

Dalam aspek operasi, banyak pendekatan baharu diperkenalkan seperti siasatan berasaskan risikan (IBI), pengesanan aset, siasatan berasaskan analisis kewangan, pengintipan dalam siasatan secara optimum serta penggunaan tenaga pakar dalam siasatan.

Aspek sumber manusia pula melibatkan perubahan dalam penstrukturan perjawatan, penempatan pegawai berdasarkan kemahiran dan kelayakan akademik serta pengambilan tenaga pakar di sektor tertentu.

"Bagi aspek pencegahan, perubahan termasuklah inisiatif baharu yang diperkenalkan seperti Ikrar Integriti Korporat (CIP), Pengurusan Risiko Rasuah (CRM), aktiviti pemeriksaan dan khidmat nasihat yang memberi fokus kepada isu yang menjadi perhatian rakyat,”katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM itu berkata pihaknya pernah menyuarakan pandangan agar kerajaan mempertimbang dan mengkaji pelaksanaan hukuman sebat terhadap pesalah rasuah dalam usaha serius menbanteras rasuah secara menyeluruh.

“Ini kerana jenayah rasuah merupakan ‘ibu’ kepada segala jenayah. Disebabkan rasuah, banyak jenayah lain seperti seperti menipu, rompakan, pendatang tanpa izin, penyeludupan, judi dan pengedaran arak haram berlaku,” katanya.

Memandangkan kesalahan menipu turut dikenakan hukuman sebat, beliau berpendapat kesalahan rasuah boleh diberikan hukuman yang sama kerana jenayah rasuah merupakan kesalahan yang lebih jahat.

Menurutnya Akta SPRM 2009 memperuntukkan hukuman paling berat ke atas pesalah rasuah hanyalah penjara tidak lebih 20 tahun dan denda.

"Ada kalanya, pesalah dikenakan penjara setahun atau dua tahun malah, sehari juga pernah berlaku. Bagaimanapun, terdapat juga pesalah yang dipenjara 10 tahun tetapi, sekiranya hukuman sebat tersebut dapat dilaksanakan, ia akan lebih bersifat mencegah," jelasnya.

MYbaru

Topik mengenai Malaysia Baru, Berita Terkini, Foto, Video, Foto mengenai Pakatan Harapan dan lihat perkembangan terkini, berita, informasi dari Hicore Solutions.

No comments:

Post a Comment