Kenapa pula MOF ada peruntukan untuk universiti swasta cina? | MalaysiaBaharu.org - Membina Malaysia Baharu

Pages

Kenapa pula MOF ada peruntukan untuk universiti swasta cina?


KUALA LUMPUR, 13 Jan – Peruntukan bagi Kolej Universiti New Era adalah peruntukan khas daripada Kementerian Kewangan dan bukan daripada Kementerian Pendidikan. 

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) juga pernah memberi peruntukan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR) yang bukan universiti awam, antara RM30 juta dan RM69.25 juta dalam Bajet 2012 hingga 2018,” kata Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut kenyataan itu, kehadiran Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching di majlis penyampaian peruntukan kepada kolej bukan bermotifkan keuntungan itu adalah atas jemputan Kementerian Kewangan.

Kenyataan itu dikeluarkan untuk menjelaskan laporan beberapa portal media yang memetik Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mempersoalkan pemberian bantuan kewangan oleh Kementerian Pendidikan kepada kolej swasta itu sedangkan pemberian bantuan kepada kolej universiti swasta tidak dinyatakan dalam Belanjawan 2019. 

Sementara itu, KPM berharap agar budaya memainkan sentimen perkauman dan memanipulasi fakta dielakkan bagi memelihara perpaduan dan seterusnya membolehkan negara maju ke hadapan selaras dengan aspirasi rakyat. - Bernama

MYbaru

Topik mengenai Malaysia Baru, Berita Terkini, Foto, Video, Foto mengenai Pakatan Harapan dan lihat perkembangan terkini, berita, informasi dari Hicore Solutions.

No comments:

Post a Comment