Jenayah: 2 lelaki samun kedai farmasi di Johor diburu | MalaysiaBaharu.org - Membina Malaysia Baharu

Pages

Jenayah: 2 lelaki samun kedai farmasi di Johor diburu


Polis daerah Kluang, Johor sedang memburu dua lelaki yang terbabit dalam kes samun di sebuah farmasi di Taman Kasih, Simpang Renggam, petang semalam.

Ketua Polis Kluang, ACP Mohd Abduh Ismail berkata, beberapa kesan cap jari di lokasi kejadian telah diambil oleh Unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Johor bagi mengesan dua lelaki terbabit.

Dalam kejadian jam 6 petang semalam, farmasi berkenaan telah disamun dua lelaki dan seorang daripadanya menggunakan objek menyerupai senjata api.

Siasatan awal mendapati, semasa kejadian semua pekerja berada di dalam bilik stor belakang premis berkenaan.

Penyamun berkenaan melarikan wang tunai RM300 dengan menaiki sebuah kereta dipercayai jenis Nissan Sylphy berwarna kelabu.

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan pemilik farmasi telah membuat laporan polis.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV). ACP Mohd Abduh menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dua lelaki terbabit segera menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran

atau: - Inspektor Kasturiah Arif: 013-3137051 
atau Hubungi talian hotline IPD Kluang: 07-7784222.

MYbaru

Topik mengenai Malaysia Baru, Berita Terkini, Foto, Video, Foto mengenai Pakatan Harapan dan lihat perkembangan terkini, berita, informasi dari Hicore Solutions.

No comments:

Post a Comment