Individu yang mempunyai maklumat langsung perlu lapor kepada SPRM - Pengerusi SPR | MalaysiaBaharu.org - Membina Malaysia Baharu

Pages

Individu yang mempunyai maklumat langsung perlu lapor kepada SPRM - Pengerusi SPR


Wang itu untuk bayar balik kos petrol - PH

Kuala Lumpur - "Gambar wanita memakai baju Pakatan Harapan memberikan wang kepada pemuda Orang Asli adalah untuk bayaran balik kos minyak petrol."

Penolong Ketua Pusat Operasi Jelai Pakatan Harapan (PH), Arvind Bharet berkata demikian ketika menjelaskan dakwaan berhubung perkara itu yang viral pada Ahad.

Beliau juga menegaskan pemberian wang tersebut dilaksanakan mengikut lunas undang-undang

“Wang itu merupakan pembayaran balik untuk menampung kos petrol kepada sukarelawan-sukarelawan PH yang datang dengan motosikal sendiri dari rumah mereka di kawasan pedalaman ke Tanah Rata pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

“Pembayaran balik ini akan diisytiharkan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan pilihan raya,” katanya pada Ahad.

Beliau mengulas gambar seorang wanita yang tular di media sosial dan didakwa sesetengah pihak cuba merasuah Orang Asli di Cameron Highlands dengan memberikan wang tunai kepada mereka.


UMNO desak SPRM, SPR siasat rasuah politik

KUALA LUMPUR: UMNO mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasat dakwaan berlaku politik wang dan menyogok pengundi dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kenyataan DAP yang mendakwa gambar pemberian wang kepada masyarakat Orang Asli yang viral di media sosial sebagai bayaran kepada jentera parti adalah taktik politik lapuk.

“Apakah selepas ini, DAP dan Pakatan Harapan (PH) akan menjadikan semua pengundi dalam kalangan masyarakat Orang Asli sebagai jentera parti bagi menghalalkan pemberian rasuah politik bagi menagih undi sepanjang musim PRK Parlimen Cameron Highlands?

“Jika Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Datuk C Sivarraajh boleh dibatalkan statusnya kerana didapati bersalah memberikan suapan kepada pengundi Orang Asli dalam pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu, maka apa bezanya dengan calon DAP-PH kali ini?

“Justeru, Pemuda UMNO mendesak pihak SPRM dan SPR melakukan penyiasatan segera dan mengambil tindakan tegas tanpa memilih kasih kerana perbuatan menyogok pengundi bertentangan dengan Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beberapa keping gambar tersebar di media sosial sejak pagi tadi menunjukkan seorang wanita mengenakan baju PH sedang memberi wang dipercayai penduduk Orang Asli yang mengundi di Cameron Highlands.

Berikutan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut menyiasat kes berkenaan tetapi memerlukan masa untuk mengenal pasti pemilik akaun sosial media yang terbabit.

Bagaimanapun PH mendakwa gambar yang tersebar itu adalah pembayaran balik kos petrol kepada sukarelawan mereka dan akan diisytiharkan sebagai perbelanjaan pilihan raya.

Barisan Nasional (BN) dilaporkan membuat beberapa laporan polis berhubung gambar yang tersebar itu.


Individu yang mempunyai maklumat langsung perlu lapor kepada SPRM - Pengerusi SPR

Sementara itu, Pengerusi SPR, Azhar Harun menasihatkan individu yang mempunyai maklumat mengenai salah laku semasa kempen pilihanraya di PRK Cameron Highlands untuk membuat laporan polis. Beliau juga menegaskan SPR tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan berkenaan apa-apa tuduhan salahlaku rasuah.

MYBaru

Topik mengenai Malaysia Baru, Berita Terkini, Foto, Video, Foto mengenai Pakatan Harapan dan lihat perkembangan terkini, berita, informasi dari Hicore Solutions.

No comments:

Post a Comment