Bendera Malaysia berkibar megah di Gaza | MalaysiaBaharu.org - Membina Malaysia Baharu

Pages

Bendera Malaysia berkibar megah di Gaza


Petaling Jaya: Selepas Malaysia tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara ini, bendera Malaysia dilihat berkibar di Gaza sebagai tanda penghargaan oleh rakyat Palestin.

Peminat bola sepak Palestin meraikan pendirian Malaysia dalam solidariti dengan mengibarkan bendera Malaysia di Stadium Yarmouk, salah satu stadium tertua di Kota Gaza, semasa perlawanan bola sepak pada Sabtu.

Di sebelah bendera itu terdapatnya sepanduk dengan slogan menyokong Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri lain kerana pendirian mereka terhadap Israel.

“Terima kasih Malaysia kerana berpendirian menentang normalisasi (hubungan) dengan apa yang dipanggil ‘Israel’,” tulis sepanduk itu.

Pada Ahad, peminat bola sepak terus meraikannya dengan memasang bendera Malaysia dan sepanduk yang sama di Stadium Palestin, tuan rumah pasukan bola sepak kebangsaan Palestin, yang dibom Israel pada 2006.

“Pemasangan (bendera dan sepanduk) di padang bola sepak merupakan tanda sokongan untuk Malaysia, untuk memperlihatkan bagaimana rakyat Palestin berbangga.

“Pendirian Malaysia diterima dengan baik oleh Palestin, terutama di Gaza,” kata Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Imran kepada FMT.

Beliau berkata rakyat Palestin cepat bertindak balas di media sosial di bawah hashtag #supportMalaysia, dan solidariti dengan Malaysia tersebar luas di Facebook, Twitter dan Instagram.

Putrajaya sebelum ini mengumumkan ia akan melarang atlet Israel daripada bertanding dalam Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak, dari 29 Julai hingga 4 Ogos.

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah kemudoan dilaporkan berkata Malaysia sangat meluat dengan kenyataan jurucakap Kementerian Luar Negeri Israel yang menuduh Malaysia tidak mempunyai semangat Olimpik dan melabel Dr Mahathir Mohamad anti-Yahudi.

Bercakap kepada Oxford Union Society di Britain pada Sabtu, Dr Mathathir mengulangi pendirian kerasnya terhadap Israel.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Israel, Emmanuel Nahshon mengecam larangan itu dan berkata keputusan itu diinspirasikan oleh sikap anti-Yahudi melampau Dr Mahathir.

“Adakah Israel lupa bagaimana mereka sendiri meletakkan tekanan terhadap Persatuan Bola Jaring Amerika Syarikat NBA dengan memaksa untuk mengecualikan Palestin dari senarai perlawanan ketika 2018?” soalnya.

Presiden Masca Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata Nazifuddin seharusnya lebih peka dengan sensiviti hubungan luar dan diplomatik negara memandangkan Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.

“Ini bukan kali pertama Malaysia melarang kedatangan wakil dari Israel. Sebelum ini Malaysia pernah melarang penyertaan pemain bola sepak Chelsea yang berasal dari Israel, Yossi Benayoun untuk menyertai pasukannya ke Malaysia bagi perlawanan persahabatan beberapa tahun yang lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya sebagai anggota gabungan Majlis Paralimpik Malaysia, Masca menyokong sepenuhnya komitmen kerajaan yang tidak membenarkan mana-mana atlet Israel masuk ke Malaysia atas apa juga sebab selain Malaysia tidak akan menganjurkan sebarang acara yang mempunyai perwakilan atau penyertaan dari Israel.

“Masca menuntut agar Datuk Nazifuddin bertanggungjawab dalam kenyataan beliau dan memohon maaf atau haruslah meletak jawatan serta-merta,” kata Megat D Shariman.

Beliau juga berharap penganjuran kejohanan renang itu akan berlangsung dengan baik tanpa sebarang halangan.

Nazifuddin sebelum ini dilapor mencadangkan kerajaan membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019, namun tidak membenarkan penyiaran lagu kebangsaan Israel dimainkan atau bendera Israel dinaikkan sepanjang kejohanan itu berlangsung sebagai sebahagian daripada protes.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menegaskan kerajaan tidak akan membenarkan penyertaan atlet Israel pada kejohanan itu yang dijadualkan berlangsung dari 29 Julai hingga 4 Ogos ini.

Tindakan itu bagaimanapun mengundang bantahan Jawatankuasa Olimpik Israel yang memberi tekanan berterusan kepada penganjur agar atlet mereka diberikan visa.

Kejohanan itu merupakan antara kejohanan kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

MYbaru

Topik mengenai Malaysia Baru, Berita Terkini, Foto, Video, Foto mengenai Pakatan Harapan dan lihat perkembangan terkini, berita, informasi dari Hicore Solutions.

No comments:

Post a Comment