Belilah produk buatan tempatan - Tun M | MalaysiaBaharu.org - Membina Malaysia Baharu

Pages

Belilah produk buatan tempatan - Tun M


Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan sokongan rakyat kepada industri pembuatan tempatan bukan saja akan membantu Malaysia menjadi negara industri, bahkan dapat mengawal aliran keluar wang negara.
Perdana Menteri berkata, sokongan rakyat terhadap industri pembuatan tempatan juga akan mengembangkan bidang industri berkenaan, sekali gus akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat.
“Kita mempunyai dasar untuk memperluaskan bidang industri tempatan dalam negara kita. Kita juga memerlukan sokongan daripada rakyat.
“Rakyat mesti sokong industri tempatan jika kita ingin lihat negara kita menjadi industri. Kita sedar jika negara kita menjadi negara industri, ia memberi lebih banyak pulangan dan peluang pekerjaan kepada rakyat.
“Apabila sesuatu barang dicipta dan dikeluarkan di Malaysia, maka wang kita tidak akan mengalir keluar dan ini akan membawa manfaat kepada ekonomi negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan melancarkan silinder komposit gas petroleum cecair (LPG) 14 kilogram (kg) keluaran Astana City Group Sdn Bhd (ACG) di sini, hari ini.
ACG adalah syarikat ketujuh terbabit dalam pemasaran gas LPG dalam pasaran negara dan memperoleh subsidi pengendalian gas LOG daripada Kementerian Kewangan pada November 2018.
Dr Mahathir berkata, kerajaan juga akan terus memberi bantuan dan sokongan kepada penggiat industri pembuatan tempatan walaupun berdepan kekangan kemampuan kewangan.
Katanya, walaupun kemampuan kewangan kerajaan terhad, kerajaan tetap mahu memastikan negara menjadi negara industri yang berdaya saing.
Justeru, beliau mahu syarikat yang menerima bantuan kewangan kerajaan berusaha dengan lebih kuat sehingga ke satu tahap tidak memerlukan lagi suntikan dana dari kerajaan.
“Ini supaya bantuan kewangan itu dapat diberikan kepada pihak lain yang memerlukannya,” katanya.
Perdana Menteri turut memuji AGC yang berani meneroka peluang industri baharu dengan mengeluarkan silinder komposit LPG sebagai alternatif kepada penggunaan tong gas besi.
Sementara itu pada sidang medianya, ketika ditanya industri mana yang akan diberi subsidi, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan membantu sektor industri yang baru hendak memulakan fasa awal perniagaan.
Beliau turut berharap penggunaan beg plastik sekali guna dapat dihentikan bagi mengurangkan peningkatan sisa dan pencemaran alam sekitar.

MYbaru

Topik mengenai Malaysia Baru, Berita Terkini, Foto, Video, Foto mengenai Pakatan Harapan dan lihat perkembangan terkini, berita, informasi dari Hicore Solutions.

No comments:

Post a Comment