Bekas ADUN DAP ditahan SPRM | MalaysiaBaharu.org - Membina Malaysia Baharu

Pages

Bekas ADUN DAP ditahan SPRM


Shah Alam: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, menahan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di Selangor berhubung dua kes tuntutan palsu bernilai kira-kira RM30,000.

Sumber berkata, lelaki berusia 41 tahun terbabit ditahan di Pejabat SPRM Selangor pada jam 3 petang hari ini. “Berkemungkinan suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok.

“Bekas ADUN berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 atas pertuduhan membuat tuntutan palsu bagi dua program kemasyarakatan pada 2015 yang dianggarkan bernilai kira-kira RM30,000 sedangkan program itu tidak pernah dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, namun enggan mengulas lanjut.

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Loh Chee Heng dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan membabitkan tuntutan palsu berjumlah RM33,380 ketika beliau menjadi ADUN kawasan Telok Datok (kini Banting), empat tahun lepas.

Loh, 41, yang hadir ke mahkamah memakai kemeja-t hijau dan berseluar hitam bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, beliau sebagai ADUN Telok Datok didakwa memperdayakan prinsipalnya dengan menggunakan suatu dokumen iaitu Kelulusan Pengeluaran Peruntukan dan Kertas Kerja mengenai Program Sambutan Hari Guru Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Datok 2015 yang mengandungi butiran palsu, di mana beliau telah memohon pengeluaran peruntukan berjumlah RM13,380 sedangkan beliau tahu program tersebut tidak dilaksanakan.

MYbaru

Topik mengenai Malaysia Baru, Berita Terkini, Foto, Video, Foto mengenai Pakatan Harapan dan lihat perkembangan terkini, berita, informasi dari Hicore Solutions.

No comments:

Post a Comment