ADUN Permaisuri ditahan SPRM | MalaysiaBaharu.org - Membina Malaysia Baharu

Pages

ADUN Permaisuri ditahan SPRM


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Setiu, Datuk Abdul Halim Jusoh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat SPRM Terengganu jam 5.00 petang tadi.

Datuk Abdul Halim ditahan bagi membantu siasatan kes tuntutan berjumlah RM500,000.

Menurut SPRM, Datuk Abdul Halim telah mengemukakan tuntutan berjumlah lebih kurang RM500,000.00 kepada Pejabat Daerah dan Tanah Setiu pada Mei 2018.

Bagaimanapun tuntutan berkaitan perbelanjaan untuk 32 program yang dijalankan di sekitar kawasan DUN Permaisuri itu dipercayai program tidak dilaksanakan.

SPRM akan mendapatkan perintah reman ke atas Datuk Abdul Halim di Mahkamah Kuala Terengganu esok bagi siasatan lanjut.

MYBaru

Topik mengenai Malaysia Baru, Berita Terkini, Foto, Video, Foto mengenai Pakatan Harapan dan lihat perkembangan terkini, berita, informasi dari Hicore Solutions.

No comments:

Post a Comment