Majlis Penasihat Elit Kerajaan Malaysia ditubuhkan | MalaysiaBaharu.org - Membina Malaysia Baharu

Pages

Majlis Penasihat Elit Kerajaan Malaysia ditubuhkan



PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan tiga Menteri dalam Kabinet baharu pentadbiran beliau di satu sidang media khas di ibu pejabat Pakatan Harapan di Bangunan Yayasan Selangor di Petaling hari ini.

Lim Guan Eng dari DAP dilantik sebagai Menteri Kewangan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari PPBM sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Mohamad Sabu (AMANAH) sebagai Menteri Pertahanan.

Sebelum ini, Tun Mahathir telah mengumumkan akan mendedahkan kabinet baharu di bawah pentadbiran beliau yang bermula pada Khamis.

Wakil dari Sabah dan Sarawak bakal dilantik dalam Jemaah Menteri di bawah pentadbiran Tun Mahathir,. Tun Mahathir turut menegaskan pengumuman barisan Kabinet akan dibuat pada bila-bila masa.

Perdana Menteri turut mengumumkan Majlis Penasihat dianggotai oleh pakar ekonomi dan ahli akademik termasuk Tan Sri Zeti Akhtar, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Robert Kuok, Jowo Kwame Sundaram dan Tan Sri Hassan Merican.


Sumber: Astro Awani


MYbaru

Topik mengenai Malaysia Baru, Berita Terkini, Foto, Video, Foto mengenai Pakatan Harapan dan lihat perkembangan terkini, berita, informasi dari Hicore Solutions.

No comments:

Post a Comment