6 Projek Kontroversi Kerajaan Barisan Nasional | MalaysiaBaharu.org - Membina Malaysia Baharu

Pages

6 Projek Kontroversi Kerajaan Barisan Nasional

1. Skandal 1MDB


Kemasukan aktif 1MDB dalam projek mega multi bilion ringgit seperti di Tun Razak Exchange, walaupun 1MDB dilihat masih mentah atau baru dalam ertikata penubuhannya telah mendapat kritikan hebat dari Pakatan Rakyat. Ketua Pembangkang Malaysia yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim, secara terbuka telah menyoal kewibawaan dan nilai tauliah yang dimiliki oleh syarikat. Beliau memberitahu Parlimen bahawa rekod syarikat 1MDB "tidak memiliki alamat syarikat dan tidak mengambil sebarang auditor kewangan." Beliau juga bertanyakan bagaimana Perdana Menteri boleh memberi kebenaran pada syarikat untuk menjalankan projek mega seperti ini.
Janaan perolehan RM 425 juta ringgit antara tanggal 25 September 2009 dan 31 Mac 2010 telah meningkatkan kritikan pedas dan kontroversi tentang tahap ketelusan akaun kewangan 1MDB. Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua menanyakan soalan samada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB ada memberi suntikan aset kepada 1MDB dari wang kerajaan yang disalurkan dalam bentuk hak milik tanah kepada syarikat.

Pada sesi parlimen Oktober 2010, 1MDB memberi penjelasan bahawa akaun syarikat telah di audit penuh dan dimeterai tandatangan oleh KPMG, dan ditutup pada 31 Mac 2010. Deloitte pula telah menilai dan menganalisis kertas kerja, dan Ernst & Young menyediakan saranan percukaian kepada 1MDB.

1MDB telah meminta 6 bulan tambahan dalam laporan tahunan bermaksud untuk difailkan dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 30 September 2013. Dalam pada itu, pertukaran 3 auditor akaun sejak tahun 2009 telah menimbulkan keraguan munasabah.

Walaubagaimanapun 1MDB kemudiannya telah memberikan maklumat penuh berkenaan informasi asas syarkat termasuk alamat berdaftar kepada SSM seperti yang diwajibkan dalam undang-undang Malaysia. Syarikat juga mempunyai laman sesawangnya tersendiri iaitu www.1mdb.com.my.

Pemindahan hak milik Lapangan Terbang Sungai Besi telah berlangsung pada Jun 2011 dimana Bandar Malaysia akan dibina disitu, suatu kawasan pembangunan integrasi antara komersial, penempatan, dan persekitaran hijau berteknologi tinggi.

Telah dilaporkan 1MDB mempunyai hutang purata berjumlah RM42 bilion, menyebabkan bon-bon yang dikeluarkan oleh pengeluar akan diturun taraf sebagai "status leceh" menurut penarafan agensi seperti Standard and Poor's dan Fitch Ratings. Ia juga telah dilaporkan bahawa kabinet Malaysia menolak suntikan tunai RM3 bilion untuk menyempitkan pilihan bayaran semula hutang 1MDB tepat pada masa.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan telah menyuntik dana sebanyak RM950 juta kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebagai kredit tersedia. Beliau menyifatkan, dana berkenaan adalah bagi membantu menyelesaikan masalah aliran tunai 1MDB secara sementara sebelum syarikat itu membuat tawaran awam permulaan (IPO) yang dijangka pada September 2015.

Pada 23 April 2013, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendedahkan maklumat bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB), badan pelaburan milik rakyat yang dikawal penuh oleh Menteri Kewangan Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak telah memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Pulau Cayman, United Kingdom. Rafizi merujuk maklumat yang terkandung dalam Laporan Tahunan 1MDB dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoal kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.

Walaubagaimanapun, menerusi wawancara soal jawab bersama TV3 pada 9 April 2015, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak menyatakan wang 1MDB tidak disimpan di Pulau Cayman sebaliknya berada diluar negara bagi menjana nilai pertukaran wang asing. Najib menambah wang itu akan dibawa balik ke Malaysia apabila tiba waktu yang sesuai.

Telah dilaporkan oleh portal berita Sarawak Report dan akhbar British The Sunday Times menerusi email yang merujuk ahli kewangan Pulau Pinang Jho Low, yang mempunyai ikatan rapat dengan anak tiri Najib iaitu Riza Aziz telah berjaya menyedut wang US$700 juta dari ikatan usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International. Email tersebut juga telah memaklumkan bahawa Jho Low telah memiliki pinjaman yang disahkan oleh Perdana Menteri bernilai US$1 bilion tanpa mendapatkan kebenaran dari Bank Negara terlebih dahulu.

Isu pembelian tanah TRX oleh Tabung Haji

Pada 7 Mei 2015, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah mengesahkan badan berkanun itu telah membeli sebidang tanah bernilai RM 188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur yang pada masa kini merupakan milik 1MDB bagi pembangunan sebuah menara kediaman. Pembelian tanah itu melibatakan saiz kira-kira 1.56 ekar oleh Lembaga Urusan Tabung Haji dari 1MDB.

Menurut Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, beliau menyifatkan usaha pembelian ini sebagai suatu bentuk usaha menyelamatkan (bail-out) 1MDB. Menurut beliau, tanah itu dilaporkan dibeli pada harga yang cukup murah oleh 1MDB dari Kerajaan Persekutuan iaitu kira-kira pada harga RM74.20 satu kaki persegi dan dijual pada harga berkali-kali ganda mahalnya iaitu pada harga RM2,779 satu kaki persegi kepada Tabung Haji. Rafizi menambah, nilai jualan RM 188.5 juta itu lebih kurang serupa dengan nilai pembayaran faedah pinjaman yang perlu dilunaskan oleh 1MDB bagi hutang-hutangnya. Beliau menambah, mengikut laporan akhbar perniagaan The Edge, 1MDB perlu membayar faedah pinjaman sebanyak USD52.5 juta (bersamaan RM188.5 juta).

Dalam pada itu, Datuk Johan turut menafikan pembelian Signature Tower melibatkan kos RM 578 juta.

Dalam perkembangan lain, terdapat 3 orang yang berpengaruh dalam pentadbiran Lembaga Tabung Haji yang mempunyai kaitan dengan syarikat 1MDB mereka ialah: Ismee Ismail, Datuk Johan Abdullah dan Abdul Samad Alias.
Ismee Ismail ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lembaga Tabung Haji, beliau juga ialah Ahli Lembaga 1MDB.
Datuk Johan Abdullah ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lembaga Tabung Haji, beliau juga ialah Pengerusi sebuah anak syarikat 1MDB iaitu Edra Global Energy Sdn Bhd. Edra memperoleh aset janaan tenaga dari Powertek (dulu dikenali sebagai Tanjong Energy), Genting Sanyen dan Jimah.
Abdul Samad Alias ialah panel pelaburan Tabung Haji, beliau juga adalah salah seorang dari Ahli Lembaga Penasihat 1MDB yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Najib Razak.

Pada 8 Mei 2015, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir bin Mohamad sekali lagi menemplak aktiviti pembelian tersebut dan beliau mahukan rancangan pembelian itu dibatalakn serta merta. Beliau berkata "wang Tabung Haji adalah daripada pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji. Tanah TRX seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 juta untuk 70 ekar. Kini Tabung Haji membeli 1.5 ekar dengan harga RM188.5 juta, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar".

Namun pada 9 Mei 2015, berikutan cemuhan dan persoalan yang terlalu banyak ditimbulkan oleh rakyat Malaysia, Tabung Haji (TH) memutuskan untuk menjual semula satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada pertimbangan RM188.5 juta sebelum ini. Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Rahim, berkata penjualan tanah itu dibuat atas nasihat Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak. Azeez berkata sudah ada tiga pihak sedia membeli tanah dan urusan jual beli tanah ini akan dilaksanakan TH minggu kedepan.

Namun begitu sehingga 30 Julai 2015, Lembaga Tabung Haji (TH) masih belum menjual tanah bernilai RM188.5 juta yang dibeli daripada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun sebelum ini berjanji tanah tersebut akan dijual dalam tempoh 2 minggu dari dari 9 Mei 2015. Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, mereka masih dalam proses memaktubkan perjanjian jual beli ketika ini.

Isu pelaburan KWSP dalam 1MDB

Pada 11 Jun 2015, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, telah memberitahu Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam syarikat pelaburan strategik, 1MDB adalah sebanyak RM200 juta. Beliau menambah pendedahan isu KWSP terhadap Pembinaan PFI Sdn Bhd berjumlah RM25.29 bilion itu berjaminan pajakan sewa oleh kerajaan Persekutuan.

“Pendedahan pembiayaan KWSP kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah dalam bentuk pinjaman berkadar tetap dan langganan bon di mana sebahagiannya bersandarkan kepada jaminan kerajaan, cagaran aset dan jaminan bank.” katanya.

Isu bilion ringgit dalam akaun Najib

Portal berita Sarawak Report dan akhbar British The Sunday Times telah menggunakan email bocor yang mengaitkan hartawan Pulau Pinang Jho Low, mempunyai ikatan rapat dengan anak tiri Najib, menerusi Jho Low telah berjaya menyedut US$700 juta hasil; dari permuafakatan niaga antara 1MDB dan syarikat eksplorasi minyak terkemuka dunia PetroSaudi. Sebuah email mendedahkan Jho Low mendapat pinjaman mudah dari Perdana Menteri najib Razak bernilai US$1 billion tanpa mendapat kebenaran dari Bank Negara.

Terdapat juga dakwaan keras dari Wall Street Journal yang mengatakan 1MDB sengaja meninggikan nilai belian aset tenaga di Malaysia menerusi penglibatannya dalam Kumpulan Genting pada tahun 2012. Genting kemudian didakwa memberi sumbangan kewangan ini kepada suatu yayasan yang dilindungi dibawah Perdana Menteri Najib Razak, beliau mempergunakan wang tersebut untuk tujuan kempen Barisan Nasional untuk memenangi Pilihanraya Umum Malaysia 2013.

Menerusi dakwaan keras Wall Street Journal, jumlah wang yang tersangat besar berjumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) telah dimasukkan kedalam suatu akaun simpanan di AmBank dan Affin Bank, yang mana kedua-kedua akaun tersebut penamanya adalah Dato Seri Mohd Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan oleh SPRM untuk meneliti tentang kes pendepositan wang ke akaun peribadi Najib, hasilnya 6 akaun simpanan dari kedua-dua bank telah dibekukan. Tetapi tidak menyatakan akaun milik siapa dibekukan. Menurut sumber tertinggi, tiga daripada enam akaun yang dibekukan adalah milik Najib Razak. The Wall Street Journal mendedahkan dengan terperinci butiran pemilikan akaun, transaksi secara online untuk menepis cemuhan dari Najib Razak dan penyokongnya.

Urus niaga terbesar yang melibatkan pendepositan wang ke akaun Najib telah berlaku dalam dua masa iaitu sebanyak AS$620 juta dan satu lagi AS$61 juta pada Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum 2013 diadakan. Bagaimanapun, Putrajaya menafikan laporan itu, mengatakan Najib tidak pernah menggunakan sebarang dana awam.

"Perdana Menteri tidak pernah mengambil apa-apa dana untuk kegunaan peribadi," kata seorang jurucakap Putrajaya.

Sementara itu, jurucakap 1MDB berkata, merujuk pemindahan ke akaun Najib: "1MDB tidak menyedari transaksi berkenaan atau melihat dokumen yang berkaitan." Jurucakap itu memberi amaran yang dokumen yang diubahsuai pernah digunakan sebelum ini untuk memburukkan 1MDB dan kerajaan.

Dalam perkembangan lain, Sarawak Report melaporkan RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib dari SRC International Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP.

"Wang yang diambil dari SRC International merupakan pendedahan yang mengejutkan kerana wang ini diberi pinjam oleh KWAP dan tidak pernah direkodkan," menurut laporan itu. Kementerian Kewangan berkata sebelum ini, SRC melaburkan dana itu dalam Gobi Coal & Energy Ltd, syarikat berpangkalan di Mongolia, namun butiran lanjut tidak didedahkan. Seorang pengarah SRC, Nik Faisal Ariff Kamil, dakwa laporan itu, dikatakan mempunyai kuasa guaman ke atas akaun Najib, menurut dokumen yang diperoleh dari siasatan itu. Transaksi terbaru, menurut laporan itu adalah pada Februari tahun ini. Dokumen menunjukkan SRC International memindahkan RM10 juta ke sebuah akaun milik “Dato' Sri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak” di AmPrivate Bank di Kuala Lumpur.

Wang RM 2.6 bilion adalah sumbangan derma

Pada 3 Ogos 2015, dalam satu kenyataan media, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dana sumbangan penderma dan bukannya disalurkan oleh syarikat pelaburan yang ditubuhkan Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

SPRM turut memaklumkan penemuan berkenaan diperolehi susulan siasatan badan itu ke atas syarikat SRC International. Laporan hasil siasatan berkenaan dana itu juga sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. SPRM turut memaklumkan akan terus menyiasat SRC International termasuk yang melibatkan dana berjumlah RM4 bilion.

Sebelum itu pada 30 Julai 2015, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menafikan Datuk Seri Najib memindahkan wang berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya dan menegaskan perkara tersebut sudah dijelaskan perdana menteri dan beliau juga menafikan menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Itu tidak betul.. tidak ada pengaliran wang dan sebagainya. Sebenarnya Presiden (Najib) telah memberi taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi (UMNO) tentang perkara yang berkaitan. Beliau tidak pernah menggunakan 1MDB dan masuk ke dalam akaun dia," katanya Ahmad.

Terdapat sebuah video pendek berdurasi 53 saat yang dimuat naik Malaysiakini menunjukkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berbual dengan beberapa tetamu antaranya Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir di kediamannya Selasa lalu. Dalam perbualan mereka itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut Najib pernah mengakui kepadanya bahawa terdapat wang RM2.6 bilion dideposit ke dalam akaun peribadinya.

Isu pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kaitannya dengan 1MDB

Menurut suatu laporan tanggal 21 Mei 2015, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui mahu Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dipecat susulan beban hutang yang wujud dalam syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kenyataannya itu merupakan pandangan peribadi beliau yang disuarakan pada pertemuan tertutup antara pemimpin dan ahli UMNO di Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU), Janda Baik, Pahang. “Itu pandangan saya yang dibuat pada kursus politik anjuran Biro Latihan, bagi saya itu pandangan saya dengan rakan-rakan pimpinan politik supaya mereka lebih faham". Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO, kenyataannya berhubung 1MDB bukan sesuatu yang baharu kerana beliau sebelum ini pernah menggesa supaya kerajaan tidak melakukan ‘bailout’ terhadap syarikat itu.

Pada 28 Julai 2015, melalui suatu pemberitahuan khas Perdana Menteri oleh Najib Razak sendiri, beliau telah menamakan barisan Kabinet Malaysia 2015 baharu. Menerusi pengumuman khas itu, secara rasminya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digugurkan dari barisan Jemaah Menteri dan jawatan beliau itu digantikan oleh Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan relevan pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia bahawa disebabkan kelantangan beliau menegur Perdana Menteri dalam isu-isu dana 1MDB yang tidak jelas dan menimbulkan pelbagai bentuk logika persoalan.

Tambahan dari itu, terdapat perkembagan pelik hanya dalam tempoh kurang 48 jam dari tanggal 28 Julai 2015. Ini kerana pengumuman rombakan Kabinet berlaku hampir serentak dengan empat berita mengejutkan lain yang diandaikan mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Empat berita lain yang diumumkan serentak dengan rombakan Kabinet ialah:
1. Penamatan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara Malaysia;
2. Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia mengenai 1BestariNet di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin;
3. Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri; dan
4. Pelantikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baru.


2. Skandal Projek Fidlot Lembu NFC


Kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) berbangkit selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada 24 Oktober 2011 yang menyatakan keluarga Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendapat pinjaman mudah RM250 juta dan tanah seluas 5000 ekar (2,023 hektar) di Gemas, Negeri Sembilan .NFC tidak diberikan tanah secara percuma seluas 5,000 ekar .Sebaliknya 1,500 ekar (607 hektar) tanah di Negeri Sembilan diberikan secara pajakan daripada Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan. Jika berjaya, Malaysia akan menjadi 'Belanda Timur'.

Shahrizat adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. NFC adalah projek ternakan lembu yang tendernya dimenangi oleh keluarga Shahrizat. Pengerusi Eksekutif NFC ialah Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif NFC ialah Wan Izran Mohamad Salleh.

Noh Omar menjelaskan bahawa Syarikat Agro Science Industries Sdn Bhd, salah sebuah daripada dua syarikat yang dipilih untuk menjayakan Pusat Fidlot Nasional telah diberikan sejumlah pinjaman daripada RM250 juta yang diperuntukkan dan juga geran sebanyak RM6 juta melalui kementerian pertanian.Tetapi Rafizi mendakwa Projek Pusat Fidlot Nasional bernilai RM73.64 juta adalah projek yang tidak berjaya . RM250 juta itu bukan geran, tapi pinjaman mudah - perlu dibayar semula.

Ketua koordionator Jingga 13, Fariz Musa dan Ketua Wanita PKR dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, menggesa Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Ketua Wanita Umno perlu meletakkan jawatan dengan segera. Lim Kit Siang mahu penjelasan daripada keluarga Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, anak mereka Wan Shahimur Izran, Wan Shahimur Izmir dan Wan Izzana Fatimah.

Percanggahan fakta

Kenyataan pertama oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di lobi Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011 bahawa pinjaman berjumlah RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya.

Kenyataan kedua dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 November 2011 dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat yang menyebut bahawa setakat 31 Julai 2011, hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd.

Tetapi kajian oleh Pengarah Strateginya Mohd Rafizi Ramli mendapati keseluruhan RM250 juta pinjaman sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009.[4]Rekod kewangan NFC menunjukkan RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008. Pada 31 Mac 2009, NFC membuat ‘drawdown’ kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC. Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan wang daripada pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad. Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan badan-badan lain menunjukkan NFC mendapat keuntungan faedah dari simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 (penyata kewangan terkini yang diaudit dan difailkan).

Jumlah keuntungan faedah daripada simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit.Keuntungan faedah dari simpanan deposit berjumlah RM666,952.66 bersamaan 23 % daripada perolehan hasil penjualan lembu, seolah-olah NFC adalah sebuat syarikat pelaburan kewangan dan bukannya operator ladang ternakan lembu.

Hasil carian rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, hutang jangka panjang NFC berjumlah RM256,082,518.

Isu pembelian kondominium di Bangsar
Pada 14 November 2011, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengecam penjelasan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kononnya pembelian kondominium/apartmen One Menerung di Bangsar bernilai RM9.8 juta menggunakan dana Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Andainya ada aliran tunai sementara menanti lebih banyak pusat ternakan satelit di sekitar Gemas, ia wajar diletakkan sebagai “pelaburan cair” seperti melabur di pasaran wang ataupun ekuiti berbanding membeli hartanah. Keputusan melabur dengan membeli kondo tidak tepat kerana Jabatan Perkhidmatan Penilaian dan Hartanah mendapati bahawa pada tahun 2010, 66,328 unit kondominium tidak terjual. Hampir 20 % kondominium bernilai RM1 juta atau lebih yang dibina pada 2011 tidak terjual, bernilai hampir RM549 juta. Khairy mendakwa kondominium itu sebagai “pelaburan yang paling selamat.”

Pada 10 November 2011, AJK pusat PKR dan ketua koordinator Jingga 13, Fariz Musa telah membuat laporan mengenai pendedahan salah laku pecah amanah di NFC, di pejabat SPRM Shah Alam. PDRM hendaklah telus menyiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah oleh perkhidmat awam.

Pada 14 November 2011, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, mengaklasifikasikan kes ini di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa SPRM sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM). Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM 2009.

Hanya Polis Diraja Malaysia yang boleh menyiasat. PKR mendakwa NFC telah membayar RM10 juta bagi membeli kondominium milik National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC). Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mendakwa RM9,758,140 telah dipindahkan dari akaun NFC di CIMB cawangan di Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009 sebagai bayaran penuh hartanah itu.


Isu pembelian kondominium di Singapura
Menurut akhbar Harakah keluaran 23-25 Disember 2011, [perlu rujukan] menerusi halaman muka depan akhbar tersebut, Setiausaha Parti Keadilan Rakyat Malaysia (Keadilan), Saifuddin Nasution Ismail. Beliau mendakwa sebuah kondominium mewah di tengah-tengah ibu kota Singapura berharga S$ 4,107,600 (kira-kira RM 9.9 juta pada nilai tukaran ringgit Malaysia) dan luasnya adalah 2,281 kaki persegi, iaitu salah satu unit terbesar di bangunan kondominium mewah itu dibeli oleh keluarga Ketua Wanita UMNO Malaysia, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Kondominium tersebut terletak di alamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955, didaftarkan terus atas nama keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010.

Pendedahan ini melengkapkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk membina industri daging negara telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil seperti NMLC dan RFC, kata mereka.

Tambahan lagi, terdapat dakwaan bahawa wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC, kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd yang menjalankan operasi perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan tujuan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC.

Meatworks (Singapore) Pte Ltd dilaporkan menjalankan perniagaan restoran mewah di Singapura, sementara Global Biofuture Pte Ltd pula menjalankan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan bahawa NFC telah menyalurkan wang sejumlah RM81.2 juta kepada National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC), syarikat sekutu NFC dan memberi diskaun hampir RM3 juta kepada sebuah lagi syarikat sekutu Real Food Company Sdn Bhd (RFC).RM81.2 juta itu meliputi penghasilan daging mentah ,pemasaran, perancangan operasi, kewangan, perancangan organisasi dan pengurusan sumber manusia.NLMC juga dipertanggungjawabkan untuk membina rangkaian penawaran, membina pasaran untuk produk fidlot serta membeli hasil dari ladang satelit.

Operasi sistem logistik dimajukan dan penghantaran serta membina pasaran bagi produk Pusat Fidlot Nasional sebagai pengeluar daging yang konsisten dan berkualiti tinggi di dalam proses persediaan untuk Program Pembangunan Usahawan. RFC berperanan sebagai pengedar daging keluaran NFC dan diskaun yang diberi itu kemudiannya disalurkan kepada kesemua pembeli-pembeli daging. Contohnya, hypermarket Jusco, Carrefour, Cold Storage dan Giant dan pasar-pasar tani di seluruh negara dan juga pasaran ‘hotel-restaurant-catering’ terlibat.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 di halaman 138 menunjukkan bahawa sasaran 8,000 ekor lembu pada 2010 telah tercapai. Jumlah sebenar yang dibawa ke ladang Pusat Fidlot Nasional adalah 8,016 ekor bagi tempoh 2008 hingga 2010. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,742 telah disembelih sehingga akhir November 2010. NFC tidak pernah diberikan tanah seluas 2,000 hektar, sebaliknya syarikat NFC hanya ditawarkan tanah seluas 600 hektar secara pajakan daripada Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan untuk menjayakan Projek Fidlot Nasional. Pembayaran RM81.2 juta kepada National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC) adalah bagi memastikan syarikat tersebut mampu melaksanakan tanggungjawabnya untuk membina rangkaian penawaran, pasaran produk fidlot serta membeli hasil dari ladang satelit.

Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memberi penjelasan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju). Pinjaman RM250 juta telah diluluskan kepada National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional. Dari enam syarikat, hanya Agroscience Sdn Bhd telah memberi cadangan terbaik dan memenuhi kriteria yang dikehendaki. Sebuah lagi syarikat yang turut dipilih iaitu Lambert Agricultural menarik diri menjadikan Agroscience Industries menerusi National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. sebagai integrator untuk melaksanakan projek ini.

Sehingga 31 Julai 2011, jumlah pengeluaran pinjaman kepada NFC ialah sebanyak RM181.9 juta bagi membiayai pembangunan kandang, bangunan, kilang baja, kilang makanan dan sebagainya.Tujuan pinjaman itu adalah untuk membangunkan projek ladang ternakan lembu bagi menampung keperluan daging negara kepada tahap sara diri iaitu 38 %.NFC ialah projek Lembah Daging di Gemas, Negeri Sembilan untuk meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan penggantungan negara kepada pengimportan daging dari luar negara.NFC kini menjalankan peningkatan kapasiti pengeluaran fidlot dari 6,000 ekor lembu kepada 12,000 ekor lembu manakala kapasiti penyembelihan di pusat penyembelihan kepada 200 ekor lembu sehari dan pembangunan itu dijangka siap pada awal tahun 2012.


Pertuduhan Shamsubahrin
Seorang ahli Perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail 45, dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 30 Disember 2011, atas dua tuduhan menipu Pengarah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, membabitkan RM1.755 juta, antara November dan awal Disember 2011.

Bagi tuduhan pertama, Shamsubahrin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Resources Sdn Bhd, dituduh menipu Dr Mohamad Salleh dengan menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat yang tidak benar bagi tujuan memperdayakan mangsa supaya setuju membayar wang berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku, Kuala Lumpur jam 6.30 petang, 20 November 2011.

Shamsubahrin juga menghadapi tuduhan kedua, menipu dengan memperdayakan dan mendorong Mohamad Salleh yang juga Pengerusi Eksekutif NFC supaya menyerahkan cek berjumlah RM1.755 juta kepadanya di kawasan Solaris, Mont Kiara di antara 25 November dan 6 Disember 2011.

Mohamad Salleh adalah suami Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagi setiap tuduhan itu, Shamsubahrin dari Bukit Jelutong, Shah Alam boleh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak, yang sulung berusia 18 tahun manakala bongsu tiga tahun.

Suami Shahrizat didakwa berhubung kes NFC
Pada 12 Mac 2012, Datuk Seri Mohamad Salleh telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan pecah amanah dan melanggar syarat Akta Syarikat apabila menggunakan RM49 juta dana awam yang diberikan kepada Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan pecah amanah termasuk dua tuduhan di bawah Akta Syarikat.

Pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Pengerusi Eksekutif NFC itu yang merupakan suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil — yang sehari sebelumnya telah mengumumkan perletakan jawatannya awal bulan April 2012 nanti.




3. Skandal Pembelian Kapal Selam Scorpene

  
5 Mac 2009: Akhbar Liberation Perancis menerbitkan "Uncada debut: L'étrange affaire du meurtre d'une interprète mongol qui gène le pouvoir en Malaisie", mengetengahkan tuduhan terperinci. Lihat: Laporan Liberation dan pautan luar | Laporan SAPP Progresif Malaysia dan pautan luar | Asia Sentinel | Pautan luar negara The Nation | Pautan luar Times UK | Pautan luaran New Straits Times merujuk kepada berita itu sebagai bermotif politik - tetapi artikel itu sendiri boleh didapati menerusi laman web Liberation, bertentangan dengan tuntutan laporan ini | Pautan luar Asia Sentinel pada Oktober 2007, sudah melaporkan tentang pengendalian kes dan penangguhan yang lama.

16 Mac 2009: Kes ini mencuri perhatian lagi, memandangkan parti pemerintah Malaysia menggantung seorang ahli parlimen pembangkang selama setahun, selepas dia memanggil Razak Baginda pembunuh dan menuntut dia menjawab soalan mengenai peranannya dalam urusan pembelian Scorpene itu. Pautan luaran antarabangsa Herald Tribune.

3 November 2010: Pihak berkuasa Malaysia secara rasmi menutup kes itu, dan siasatan, tanpa hasil. Dalam "Menutup Buku tentang Pembunuhan di Malaysia," Asia Sentinel merangkul semula kes itu dan berkata:"Penutupan kes itu seolah-olah menulis bab terakhir dalam salah satu kes pembunuhan yang paling sensasi di Malaysia ... dan perbicaraan yang kelihatan dicabik untuk menjaga pendakwa sejauh mungkin dari Najib, maka timbalan perdana menteri [JPS: sekarang Perdana Menteri], dan isterinya, Rosmah Mansor ... Menteri Hal Ehwal De facto Nazri Aziz, dalam satu kenyataan bertulis kepada parlimen, berkata kes itu ditutup kerana [penyiasat swasta] Balasubramaniam telah memberikan deklarasi berkanun yang bertentangan, dan bagaimanapun juga, mereka tidak menjejaskan percubaan dua pengawal peribadi Najib dan Abdul Razak Baginda [JK: yang melarikan diri ke luar negara], yang berakhir pada April 2009 selepas percubaan 159 hari di mana pengawal peribadi dijatuhi hukuman mati. Mereka merasakan keputusan itu, dengan syak wasangka tinggi sehingga mereka akan diberikan kebebasan mereka sebagai pertukaran untuk berdiam diri terhadap sesiapa yang memerintahkan mereka untuk membunuh wanita itu. "Pasukan Perancis terus menyiasat penjualan anak kapal itu ke Malaysia, dan sama ada sogokan telah dibayar kepada ahli politik Perancis dan Malaysia. Perhatikan bahawa DCNS adalah majoriti yang dimiliki oleh negara Perancis, yang melihat peranannya sebagai promoter eksport. Bernama Malaysia hubungan luar agensi media nasional | Pautan luar Asia Sentinel | Pautan luar Malaysia Kini: reaksi | Pautan luaran Vancouver Sun Canada.

2 Jun 2011: Kabel diplomatik April 2009 di WikiLeaks menambah lagi rakan sekutu utama Perdana Menteri Najib ke Skandal Scorpene, tetapi ia tidak langsung. Kabel itu melihat para pemimpin perniagaan yang hampir dengan PM Najib Razak dan keluarganya, dan menyebut "Lodin Wok Kamarudin, Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera" (LTAT) secara terus.Kuncinya ialah penglibatannya dalam sebuah syarikat yang dipanggil Perimekar, yang bertindak sebagai kesepakatan untuk perjanjian, dan nampaknya telah dibentuk untuk mengedarkan sogokan darinya. Lodin Wok ialah Timbalan Pengerusi Boustead Holdings Bhd, apabila firma itu memegang 20% ​​kepentingan dalam Perimekar bersama-sama dengan LTAT. Beliau juga pernah menganggotai lembaga Affin Bank Bhd, salah seorang daripada bankir Perimekar, dan merupakan 1 daripada 5 pengarah Perimekar. Boustead DCNS Naval Corp sendiri adalah usaha sama 60-40 yang dibentuk pada tahun 2009 antara Teknologi Pertahanan BHIC (firma Boustead, kerusi: Lodin Wok) dan DCNS. Firma itu menerima kontrak RM 532 juta bagi perkhidmatan sokongan Scorpene dari tahun 2010 hingga 2015, yang masuk akal, tetapi ia juga perlu diperhatikan bahawa "kontrak sokongan" adalah vektor utama untuk penangkapan sogokan di banyak negara dunia ke-3.Memandangkan kedudukannya, dan struktur kapitalis kroni Malaysia yang mendalam, tidak menghairankan bahawa Lodin Wok akan terlibat dalam firma lain yang berkaitan dengan perjanjian itu. Sebaliknya, web hubungan ini juga boleh menjadikannya tokoh utama yang mengikat DCNS terhadap sebarang rasuah di Malaysia. Pautan luaran WikiLeaks | Pautan luar Negara Express Malaysia | Pautan luar National Express Malaysia: Laporan Celine Boileau.

4 Ogos 2017: Seorang bekas pembantu kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah diletakkan di bawah hubungan eksport rasmi oleh pendakwa kewangan Perancis sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas penjualan dua kapal selam Scorpene pada tahun 2002 ke Malaysia. Terdakwa, Razak Baginda, telah menafikan salah laku pada masa itu sebagai penasihat kepada Najib selama tugasnya sebagai menteri pertahanan, dan yang mengawasi pemerolehan dari galangan kapal Perancis DCN International-yang kemudian menjadi entitas baru bernama DCNS, yang kemudian dijenamakan semula sebagai Kumpulan Angkatan Laut tahun ini. Bulan lepas, dua eksekutif industri pertahanan Perancis telah diletakkan dalam siasatan sebagai sebahagian daripada siasatan yang sama ke atas pertuduhan balas dari perjanjian kapal selam itu. Penyiasatan itu bermula selepas kumpulan hak asasi manusia Malaysia, Suaram mendakwa penjualan EUR1 bilion itu menghasilkan sejumlah $ 130 juta komisen yang dibayar kepada syarikat yang dikaitkan dengan Najib.

Kapal selam diesel dari Scorpene Franco-Spanish bersaing di pasaran global terhadap pelbagai pesaing, terutamanya keluarga ThyssenKrupp HDW's U209 / 212/214. Pada bulan Jun 2002, kerajaan Malaysia menandatangani kontrak EUR 1 bilion dengan Armaris (sekarang DCNS) dan pembuat kapal angkatan laut Sepanyol Izar (sekarang Navantia) untuk 2 SSK Scorpenes dan sokongan dan latihan yang berkaitan. Kedua-dua kapal selam itu telah dihantar ke Malaysia, walaupun terdapat beberapa masalah teknikal di luar negara. Yang pucat berbanding dengan masalah lain yang berkaitan.Di dalam Malaysia, penjualan telah dikompromi oleh perbicaraan yang sedang berjalan dan menetapkan tindakan undang-undang di sekitar penculikan awam dan pelaksanaan peribadi pelajar model, penerjemah, dan paramour Altantuya Shaariibuu. Akauntabiliti penuh dan tidak adil untuk tokoh masyarakat bukanlah ciri keadilan Malaysia, tetapi Wartawan Perancis Arnaud Dubus menambah tekanannya dengan laporan 5/09 Mac di Pembebasan Perancis, "Tidak ada bukti yang jelas: L'étrange affaire du meurtre d ' une interprète mongole qui gène le pouvoir en Malaysia "(Page 30-31). Ia menamakan nama-nama yang sangat terkenal, butiran yang ditawarkan, dan mendedahkan kandungan dokumen yang ditolak oleh mahkamah Malaysia. Penyiasatan rasuah kemudian oleh pihak berkuasa Perancis telah membawa kepada kemunculan lebih banyak dokumen, dan skandal itu menjadi kehadiran penting dalam politik Malaysia. 




4. Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)




Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang merupakan skandal mengenai pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) yang melibatkan banyak pihak seperti Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) dan lain-lain. PKFZ adalah milik PKA. KDSB dilantik sebagai pemaju projek 'turnkey' PKFZ. PKFZ kini diuruskan oleh Port Klang Free Zone Sdn Bhd, anak syarikat LPK. Kementerian Pengangkutan menafikan zon PKFZ satu skandal dan menafikan duit pembinaan telah lesap.

Ramai pihak mempertikaikan kos penyediaan zon PKFZ yang melambung sehingga RM4.6 bilion. Ada dakwaan bahawa wujud penyelewengan dan menyebabkan projek itu gagal dan menjadi gajah putih. Pengerusi eksekutif PKFZ ialah Lim Thean Shing.Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang ialah Datuk Lee Hwa Beng.Bekas pengerusi PKFZ Datin Paduka O.C. Phang telah meletakkan jawatan.

PKFZ beroperasi di kawasan seluas 400 hektar di Pulau Indah, bersebelahan Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor,Malaysia. PKFZ mula beroperasi sejak 1 November 2007. PKFZ merupakan projek nasional. Kabinet meluluskan PKFZ pada 1999. Tujuannya untuk menyediakan infrastruktur untuk membantu pertumbuhan kargo di Pelabuhan Klang, menjana pertumbuhan ekonomi negara serta mewujudkan peluang pekerjaan dan perkhidmatan sokongan serta aktiviti perniagaan sampingan.

PKFZ telah menarik 30 pelabur bernilai RM725 juta. Pelabur tersebut ialah ker Kvaerner dari Norway, Score Asia, Azron Wallsystem, Veheng Auto Link (Asia), Nova Logistics, Biodiesel SP dan Oriental SP. LPK bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) bagi menjadikan PKFZ sebagai pusat pengedaran dan pengagihan serantau. PKFZ dikatakan projek yang berdaya maju kerana kendalian di West Port meningkat dari 1,000 kepada 2,000 kontena sebulan.

Laporan PwC
Pada 28 Mei 2009, firma audit PricewaterhouseCoopers (PwC) mengeluarkan laporan bertajuk "Kajian Semula Kedudukan Projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang dan Port Klang Free Zone Sdn Bhd". Laman web www.pka-report.com boleh diakses selama 14 hari sahaja mulai 28 Mei - 10 Jun 2009.

1. Jika PKA gagal membayar balik ansuran pinjaman mudah Kementerian Kewangan (MOF), ia akan meningkatkan lagi kos projek daripada RM4.632 bilion kepada RM12.453 bilion. PKA selaku operator PKFZ hendaklah segera menyusun semula pinjaman mudah MOF berjumlah RM4.632 bilion bagi mengelak potensi ingkar pada 2012.
2. Pengurusan dan kawalan projek PKA sangat lemah. Kerajaan Malaysia hendaklah memastikan PKFZ kembali berdaya maju.
3. PKA tidak mampu membayar kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) menerusi sumbernya sendiri semasa pembayaran berjadual pertama pada 2007.
4. Pada Ogos 2001, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta menilai tanah itu hanya RM10.16 satu kaki persegi. Sedangkan PKA membeli pada nilai RM25 satu kaki persegi jauh lebih dari harga pasaran tanah.
5. PKA dan Kementerian Pengangkutan (MOT) gagal memaklumkan kepada Kabinet Malaysia mengenai ketidakupayaan PKA untuk membiayai projek itu daripada peruntukan sendiri.
6. PKA terlibat dalam satu lagi perjanjian pembangunan lain selepas itu.
7. Peguam Negara (AG) tidak menyemak perjanjian walaupun jumlah peruntukan yang terlibat sangat besar .
8. PKA kurang pengalaman dalam projek seperti PKFZ ini.
9. Garis panduan Perbendaharaan bagi memeriksa perjanjian oleh AG serta kelulusan VO oleh MOF tidak dipatuhi. Surat-surat sokongan yang dianggap sebagai jaminan, dikeluarkan oleh MOT tanpa kelulusan MOF.
10. Kontrak pembangunan bernilai RM1.846 bilion diberikan kepada KDSB tanpa bidaan yang kompetitif. Surat-surat sokongan yang dianggap sebagai jaminan, dikeluarkan oleh MOT tanpa kelulusan MOF.
11. Wujud konflik kepentingan. KDSB ialah bekas pemilik tanah projek PKFZ dibangunkan. Aktiviti utama KDSB, anak syarikat milik penuh Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd (WBHSB), ialah pembangunan hartanah dan pembinaan.WBHSB dan syarikat kumpulan itu terlibat dalam projek menebus guna laut, pembinaan, pengorekan, pembangunan hartanah dan pengangkutan marin.
12. Sehingga 16 Jan 2009, pemegang saham WBHSB melibatkan ekuiti Datuk Seri Tiong King Sing (70%), Idris Mat Jani (10%) dan Omar Abdul Latip (20%). Pengarah KDSB ialah Tiong, Idris, Omar dan Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.
13. Datuk Abdul Rahman Palil(ahli lembaga 1997-2003) juga sebagai Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd yang juga pemilik asal tanah itu.
14. Datuk Chor Chee Heung timbalan pengerusi bukan ekseutif Wijaya Baru Global Bhd (WBGB) dari April 2004 - Julai 2007 dan Pengerusi PKA dari April 2007 - Mac 2008. KDSB menjalankan kerja-kerja pembinaan di bawah DA3 antara Julai 2004 dan November 2006, semasa Datuk Chor Chee Heung merupakan pengerusi bukan eksekutif WBGB. Februari 2008, akaun akhir bagi DA3 (Perjanjian Pembangunan 3) sebanyak RM1.216 bilion diluluskan oleh lembaga. Sedangkan Chor tidak menarik diri daripada perbincangan.
15. WBGB dan KDSB saling berkait melalui pengarah dan pemegang saham yang sama. WBGB dan syarikat induk KDSB, Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd, berkongsi pemegang saham yang sama dan merupakan kontraktor utama KDSB untuk projek PKFZ.

Siasatan PAC
Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid bersama ahli-ahlinya menyoal pengerusi dan ahli lembaga pengarah Lembaga Pelabuhan Kelang untuk mengenalpasti kelemahan dan membuat laporan serta-merta kepada media dan parlimen. Jawatankuasa PAC juga memanggil pihgak swasta dan pemaju PKFZ selagi tidak melanggar etika perbicaaan mahkamah. PAC juga akan melawat tapak PKFZ.

PAC bukanlah berstatus Suruhanjaya Diraja dan kerana itu tidak boleh memanggil sesiapa sahaja untuk memberikan keterangan.Suruhanjaya Diraja mesti hadir jika dipanggil, kalau tidak, boleh dipenjarakan. PAC hanya boleh memanggil mereka yang masih berkhidmat sahaja.

Anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang mendesak Datuk Seri Azmi Khalid mengundur diri dari menyiasat Skandal PKFZ kerana bercanggah kepentingan. Tetapi ahli PAC mahu Khalid meneruskan siasatan. Pada 15 Jun 2009, Pengerusi LKP Datuk Lee Hwa Beng telah menyerahkan laporan PKFZ yang disediakan Pricewaterhouse Coopers Advisory Services Sdn Bhd (PwCAS) kepada Setiausaha PAC, yang juga Setiausaha Parlimen Datuk Roosme Hamzah . Laporan itu setebal 300 halaman.

Tokoh yang dipanggil
Turut dipanggil ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail, bekas menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik dan Datuk Seri Chan Kong Choy. Semua nama yang tersenarai dalam laporan PwC, laporan Ketua Audit Negara dan lain-lain akan dipanggil. Bukan semestinya mereka yang dipanggil ini bersalah, tetapi untuk mendapat kepastian.

Laporan daripada Peguam Negara 
Pada 23 Jun 2009 , Timbalan Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw menyatakan PAC akan mendapatkan penjelasan daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Peguam Negara telah memberi nasihat berhubung pembelian tanah paya air masin di Pulau Indah oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). Tanah itu dibeli mengikut Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah, namun nasihat itu tidak diguna pakai. Persoalan ialah mengapa nasihat Peguam Negara tidak diguna pakai. Harga pasaran tanah itu hanya RM10 tetapi telah meningkat kepada RM25 kaki persegi.

Perjumpaan dengan SPRM 
PAC telah berjumpa dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dan Pesuruhjaya Siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull di Bangunan Parlimen berhunung Skandal PKFZ.PAC dan SPRM membincangkan laporan audit firma audit antarabangsa, PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd yang mendedahkan konflik kepentingan, kelemahan urus tadbir dan pengurusan sebagai punca utama projek PKFZ.


Hasil penemuan awal 1 
PAC diketuai Datuk Seri Azmi Khalid mendengar keterangan daripada 9 bekas anggota LPK selama 3 jam pada 19 Ogos 2009.Prosiding siasatan bukanlah untuk menyiasat kesalahan pegawai yang diminta hadir, sebaliknya bagi mengenal pasti cara maklumat disalurkan kepada ahli lembaga PKA.
Ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) meletakkan kepercayaan yang terlalu besar terhadap pengurusan PKFZ.Mereka hanya menurut apa saja yang diberitahu oleh PKFZ.
Percanggahan kepentingan kerana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PKA adalah juga merupakan CEO PKZ iaitu Datin Paduka O.C. Phang. Akibatnya beliau gagal menyediakan butiran lengkap kepada anggota lembaga PKA. Sedangkan mereka mewakili kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan. Banyak keputusan yang dibuat oleh PKFZ diterima sahaja oleh ahli lembaga PKA tanpa banyak soal.
Sepatutnya ahli lembaga pengarah LPK lebih peka kerana PKA memperoleh pinjaman mudah Kementerian Kewangan sebanyak RM4.632 bilion bagi membiayai PKFZ.
Ahli lembaga LPK mungkin tidak memahami latar belakang sepenuhnya .Ada juga pegawai yang tidak menghadiri mesyuarat lembaga kerana sibuk dengan tugas sedia ada di pejabat.

Hasil penemuan awal 2 
PAC menyoal Pengerusi LPK Datuk Lee Hwa Beng, di Bangunan Parlimen pada 20 Ogos 2009.
Adalah ganjil kerajaan Malaysia terpaksa membayar bon yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat swasta. Surat pengerusi LPK pada 10 Ogos 2009 mengarahkan kerajaan membayar secara beransur-ansur, setahun sekali, sepenuhnya kepada pemilik bon iaitu KDSB.KDSB telah menerbitkan bon bagi membiayai projek PKFZ.Sepatutnya bon dikumpul oleh LPK memandangkan ia sebuah agensi kerajaan.
Berlaku "tuntutan berlebihan" oleh KDSB dalam isu PKFZ.

Hasil penemuan awal 3
Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid telah berbincang dengan bekas Pengerusi PKFZ yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelabuhan Klang Datin Paduka O.C.Phang. Beliau memberi kerjasama dalam rosiding dari jam pukul 10 pagi hingga 2.30 petang pada 2 September 2009.
Pengurusan projek PKFZ amat lemah.
Banyak amalan pengurusan projek besar yang sepatutnya ada dalam profesion pengurusan projek, nampaknya tidak ada.
Tiada unjuran pendapatan dan perbelanjaan bagi projek sebesar PKFZ. Kalau tak ada unjuran pendapatan dan perbelanjaan atau aliran tunai, kita tak tahu di mana kesilapan kita. Akibatnya kos pembangunan PKFZ melonjak daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.
Wakil-wakil kerajaan dalam Lembaga Pengarah PKFZ 'hanya memanaskan kerusi' . Ada antara mereka yang hadir pada mesyuarat lembaga pengarah PKFZ adalah semata-mata untuk mewakili Ketua Setiausaha kementerian masing-masing.Akibatnya mereka tidak mengambil berat dan melepaskan sahaja kepada pengurusan.
Phang sebagai pengurus besar PKFZ bagi menguruskan PKFZ dengan mendapat arahan daripada Menteri Pengangkutan , Menteri Kewangan dan lain-lain individu atasan.

Hasil penemuan awal 4
Pada 3 September 2009, PAC telah menyoal dua bekas pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) iaitu Datuk Yap Pian Hon dan Tan Sri Dr Ting Chew Peh, di bangunan Parlimen Malaysia.
Banyak keputusan kontrak dan perjanjian ditandatangani dulu oleh pengurusan tanpa mengetahui biji butir kontrak dan perjanjian.Lembaga pengarah tidak tahu, hanya dimaklumkan selepas perkara itu berlaku.
PAC mahu menyiasat penglibatan LPK dalam pelaksanaan PKFZ dan juga untuk mengetahui mengenai penyaluran maklumat daripada pengurusan kepada lembaga.
Yap Pian Hon menafikan wakil-wakil kerajaan dalam LPK tidak bersuara. Sebelum ini Azmi Khalid mendapati wakil kerajaan tidak bertanya dan berusaha mendapatkan maklumat kerana mereka hanya menghadiri mesyuarat dan "banyak perkara yang mereka tak tahu".
Ting Chew Peh menjelaskan bahawa pihak lembaga hanya menerima maklumat yang diberikan oleh pihak pengurusan.
Pengerusi LPK hanya mendapat elaun sebanyak RM2,259.95 sebulan. Ahli lembaga setiap seorang mendapat elaun RM500 sebulan. Adalah tidak benar pengerusi LPK mendapat gaji besar.

Tangkapan
Selepas siasatan bersama oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, mantan menteri pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh menipu berkaitan kaitan dengan penilaian tanah dalam PKFZ pada akhir Julai 2010. Ling memimpin Persatuan Cina Malaysia (MCA), sebuah anggota gabungan pemerintah, Barisan Nasional, selama 18 tahun dan diberi gelaran "Tun", gelaran tertinggi yang dianugerahkan oleh kerajaan persekutuan. Beliau adalah pegawai paling kanan yang dituduh setakat ini dalam urusan PKFZ. Ling memohon "tidak bersalah" selepas dituduh. Ling dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta. Sekiranya disabitkan dia boleh dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun.



5. Skandal Felda


SKANDAL pindah milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur bernilai RM270 juta yang menjadi tajuk utama berita hanya isu sampingan bagi sebahagian besar 1.2 juta peneroka dan ahli keluarga mereka.
Apa yang lebih mendesak bagi mereka adalah hutang besar yang diterima daripada agensi itu dan kegagalan pengurusan pegangan mereka oleh anak syarikat Felda, Felda Technoplant Sdn Bhd (FTP).
Menurut peneroka, beban hutang yang membelit itulah yang akan menggoncang undi peneroka Felda di seluruh skim tanah rancangan itu di 54 kawasan Parlimen luar bandar di Semenanjung Malaysia.

Undi Felda selama ini antara deposit kekal Barisan Nasional (BN) tetapi salah urus pegangan peneroka dan hutang mereka dipercayai akan menjejaskan kedudukan kubu kuat tradisi pemerintah itu.
Namun peneroka mengakui skandal seperti urus niaga tanah di Jalan Semarak dan pembelian hartanah anak syarikat boleh menimbulkan kemarahan, terutamanya dalam kalangan generasi kedua peneroka terhadap kerajaan.
Skandal ini merupakan inti pati kempen Pakatan Harapan (PH) yang kini dilihat semakin membuka laluan ke dalam Felda, kesan pengaruh Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri yang kini beralih mengetuai gabungan pembangkang.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Suara Generasi Kedua Felda (SGK2F) Zulkefli Nordin berkata pendedahan terkini tentang risiko Felda kehilangan tanahnya di Jalan Semarak bukan isu utama yang meniti di bibir peneroka.
"Isu pengurusan ladang yang teruk oleh Felda dan anak syarikatnya FTP, isu lambakan hutang serta penyata hutang yang dilihat tidak telus.
"Ini sebenarnya isu yang kerajaan perlu selesaikan segera jika ingin mengambil hati warga peneroka kerana ia isu sebenar melanda rancangan Felda," kata Zulkefli kepada The Malaysian Insight menerusi aplikasi WhatsApp.
Keluarga Felda secara umumnya terbahagi kepada dua atau tiga generasi.
Generasi pertama adalah peneroka yang mula-mula menerima 10 ekar tanah daripada agensi itu untuk memulakan penanaman getah atau kelapa sawit. Mereka sebahagian daripada 30-40% pengundi Felda.
Generasi kedua adalah anak kepada peneroka Felda pertama yang terdiri daripada antara 50% hingga 60% pengundi Felda. Anak kepada generasi kedua menjadi yang ketiga dan tidak semua mereka layak mengundi.
Zulkefli berkata kebanyakan generasi pertama setia kepada BN, tetapi generasi kedua lebih kritikal.
"Apa yang menjadi kerisauan kami adalah isu pokok yang masih belum diselesaikan. Ini yang berjaya dimainkan oleh pihak pembangkang untuk menarik perasaan peneroka Felda dan anak-anak mereka.
"Peneroka Felda (generasi pertama) sebenarnya tidak menggunakan isu berbangkit sebagai alasan untuk tidak mengundi BN tapi apa yang kita risaukan ialah golongan muda (generasi kedua)," katanya.

Menangguk di air keruh
Akhir Disember lalu, akhbar Berita Harian melaporkan Felda berisiko kehilangan tanah di tengah-tengah Kuala Lumpur berikutan urus niaga meragukan yang berlaku pada 2015.
Tanah itu sepatutnya dibangunkan untuk Projek Kuala Lumpur Vertical City, namun pengurusan baharu Felda mendapati pemilikan tanah berkenaan ditukarkan kepada pemaju. Felda kini cuba untuk mendapatkan semula tanah itu.
Zulkefli berkata beliau maklum pengerusi baharu Felda, Shahrir Samad mencuba yang terbaik untuk memperbaiki agensi itu tetapi dalam keadaan serba kekurangan.
"Sebagai contoh, peneroka berdepan masalah untuk mendapatkan penyata hutang. Apabila penyata itu dikeluarkan terdapat butiran yang meragukan.
"Sehingga kini Felda dan FTP gagal mengeluarkan penyata yang meyakinkan," kata Zulkefli.

Shahrir sebelum ini berkata hutang berjumlah antara RM60,000 hingga RM160,000 itu sebenarnya kos dikeluarkan FTP untuk proses penanaman semula bermula pada tahun 2000.
Bagaimanapun, peneroka mendakwa Felda tidak telus dalam potongan bulanan daripada tuaian mereka untuk membayar hutang.
Ada yang mendakwa berhutang dengan Felda tetapi mengeluarkan modal sendiri untuk menanam pokok mereka.
Pengerusi pasukan petugas Felda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Mohd Shahrir Wan Abd Jalil berkata perjanjian tanah Jalan Semarak akan mengurangkan sokongan Felda terhadap BN.
Katanya, isu itu membuktikan dakwaan PH bahawa kerajaan BN terus menyalahgunakan Felda.
"Peratusnya sekitar 40% saja namun mereka yang menyokong itu tetap merungut tentang bayaran hasil yang lewat, ladang tidak diurus dengan baik, hutang tinggi dan tak tau jumlah sebenar hutang," katanya kepada The Malaysian Insight.
Presiden Kami Anak Felda, sebuah lagi kumpulan peneroka generasi kedua, Fakhrurrazi Mohd Habib berkata, generasi kedua dilihat akan menentang kerajaan.
"Generasi kedua tidak begitu dekat dengan idea Felda, mereka tidak tahu perjuangan generasi pertama yang tidak mempunyai tanah tetapi diberi tanah oleh kerajaan,” katanya.
Walaupun kesannya masih belum dilihat, isu Felda berisiko kehilangan tanahnya di Jalan Semarak sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada sokongan terhadap BN kerana ia akan dijadikan peluru oleh pembangkang dalam kempen mereka, kata Fakhrurrazi.
"Saya lihat pembangkang ni memang suka menangguk di air keruh. Dia tunggu isu timbul kemudian mereka akan spin dan sensasikan. Kita di pihak Felda kena jelaskan perkara ini."
Bekas presiden Majlis Belia Felda Malaysia Anuar Manap berkata tindakan pantas kerajaan terhadap skandal Jalan Semarak akan membantu meredakan impaknya di kalangan peneroka.
"Ia harta Felda yang nostalgik buat mereka kerana di situ mereka pernah berhimpun dan berurusan dengan pengurusan agensi ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Sekijang.
Anuar berkata beliau yakin pembangkang tidak akan dapat banyak untung dengan menggunakan isu tanah Jalan Semarak.
“Tak perlu untuk mereka (PH) sensasikan isu ini dan cakap tentang ada salah laku. Kita tahu perkara itu sebab itu ia dibongkar. Kita tidak lindung kesalahan dan mahu isu ini diselesaikan untuk jaga kepentingan Felda.” – 6 Januari, 2018.


6. RazakSAT




Pelan misi RazakSAT telah dijalankan oleh para jurutera dari ATSB. Ini amat penting kerana Malaysia biasanya dilindungi oleh kumpulan awan khatulistiwa. Satelit optik selari-matahari yang biasa, yang boleh dilawati semula kawasan sekali sahaja setiap 7 hari, hampir tidak akan dapat melihat mukabumi semasa orbit mereka. Hasilnya, banyak imej satelit optik Malaysia mempunyai lebih daripada 50% perlindungan awan dalam jejak imej.Sebaliknya, Razaksat meninjau beberapa bahagian wilayah Malaysia setiap 90 minit, dengan potensi memaksimumkan keupayaannya untuk mengeksploitasi jurang di awan. RazakSAT, dilengkapi dengan Camera Aperture Medium-Sizes resolusi tinggi (MAC), mencapai Orbit Rendah Bumi Equatorial Rendah (NEqO) yang dirancang di ketinggian 685 km dan kecenderungan 9 darjah. Ia dijangka menyediakan imej resolusi tinggi Malaysia yang boleh digunakan untuk pengurusan tanah, pembangunan sumber dan perhutanan.Sama seperti yang mungkin, orbit NEQO mempunyai 3 kelemahan yang berbeza. Analisis melalui perisian Satelit Alat Kit (STK) yang tersedia secara komersil telah menunjukkan bahawa orbit semula ke atas Malaysia didapati mempunyai puncak maksimum 2-4 overpass setiap hari pada waktu siang (dari 8 pagi hingga 6:30 petang) hingga satu tempoh dari 6 hari berturut-turut tanpa apa-apa overpass yang boleh digunakan siang hari. Kelemahan kedua adalah bahawa kebanyakan imejan yang diperolehi melalui orbit NEqO tidak dapat digunakan melalui perspektif penderiaan jarak jauh kerana orbit NEqO bukanlah orbit matahari-segerak, kriteria penting untuk kerja pemantauan dan analisis. Ketiga, didapati bahawa orbit NEQO mendedahkan satelit ke fenomena Atlantic Atlantic Anomaly (SAA) pada setiap orbit yang diambil di sekeliling bumi tidak seperti orbit kutub, orbit dekat kutub atau matahari, sehingga meningkatkan risiko radiasi kerosakan kepada satelit.

Pada mulanya dijadikan tujuan komersial pada tahun 2009, matlamat projek RazakSAT kemudiannya diubah menjadi Projek Penyelidikan & Pembangunan (R & D) pada tahun 2010.Semasa operasi selepas pelancarannya pada tahun 2009, didapati bahawa satelit RazakSAT tidak dapat mencapai ketepatan penunjuk sasaran dalam jarak 1 km dari sasarannya. Akhbar The Malaysian English The Star, yang memetik daripada Laporan Ketua Audit Negara Malaysia 2010, melaporkan bahawa imej-imej yang diperoleh oleh satelit RazakSAT didapati 37 km dari sasaran mereka.Akibat pointing error, kesemua lebih daripada 1,328 imej yang diperolehi oleh satelit telah menjadi tidak dapat digunakan. Walaupun janji untuk menyampaikan imej MAC pada tahun 2010, sehingga akhir 2011, pengendali tidak mengeluarkan sebarang imej. Usaha untuk menyelesaikan masalah dengan satelit telah ditamatkan pada Disember 2010. Kos RazakSAT ialah RM150 juta.



MYbaru

Topik mengenai Malaysia Baru, Berita Terkini, Foto, Video, Foto mengenai Pakatan Harapan dan lihat perkembangan terkini, berita, informasi dari Hicore Solutions.

No comments:

Post a Comment